Sunday, 7 October 2012

Behentilah Hati


Aku tetap ingin menggengam tangan kamu , Cinta
Jika aku boleh memilih 
dengan siapa akan aku jatuh cinta 
aku tetap akan memilih dia 

Aku bukan si hipokrit
bila aku kata 
kebahagian dia kebahagian aku jua 
tapi aku hanya 
memujuk hati
menerima takdir dari-NYA 

Hati 
behentilah mencintai dia
benarkan aku 
hentikan derita
berilah aku kekuatan 
untuk behenti berharap 
adakah dia akan kembali

Kau lihatlah aku kembali 
wahai cinta
hati dan mataku 
masih hanya untuk kamu
setiap denyut nadi aku
masih untuk kamu
dan setiap hela nafas aku
hanya untuk kamu

Namun 
hati aku bertambah dingin 
tanpa kehangatan dari kamu 
Sunyi
Gelap 
dan Beku. 
 

 

With Love , Mrs Lollipop

Monday, 3 September 2012

Thursday, 9 August 2012

Maaf?

Aku tak mampu nak beri ini pada kamu, Maaf

Aku post kat sebagai status FB aku macam ni .

Aku inginkan damai dalam hati ini.
Tapi cuma kebencian sedang bersarang.
Merebak dari hati ke seluruh urat darah aku.
Aku tidak dapat memberi kemaafan
jadi bagaimana aku mampu bahagia ?


Apa patut aku buat.
kenapa aku masih tidak boleh move-on
kenapa macam jadi macam ni

banyak hal aku pikir.
aku cuba untuk positif
tapi semuanya sia-sia

Aku keluh dan kesah
tiada ketenangan langsung
aku hipokrit?
tiada lagi tangisan mampu aku esakan
kerana aku sudah kering dengan air mata.

aku tak mampu pun
nak luahkan segala macam yang ada
yang pasti perkataan
" Percaya"
dan " Maaf"
sudah tiada

orang paling aku percaya
mampu mengkhianati aku sebegitu.
Orang yang aku paling cinta
juga mampu merobek hati aku

apa patut aku lakukan.
biarkan semua ini terjadi?
tahu macam mana sakit dan pedih hati aku ini?

Bina kebahagian dari air mata aku?
Binalah
selagi kau masih mampu bernafas
Ketawa lah.
Aku redha pun.
Hari ni aku dibawah , terluka
Tuhan saja yang mampu membalas segala
kebaikan kau pada aku
aku percaya ^____^
cuma cepat dengan lambat je. 

With Love , Mrs Lollipop

Thursday, 2 August 2012

hope

hatiku tersimpul sudah . Biarlah aku mati dengan cinta sebengini

Aku tidak dapat membenci langsung James setelah apa pun hal yang dia dah lakukan pada aku. 
Sekelumit benci pun tiada membuatkan aku marah sendiri pada diri. 

 Malik : James tak ada hubungan dengan orang lain . Ni dia berkepit dengan aku je.

Aku masih mengharap? 
Bodoh?

Aku : James i benci sama u , I benci u 100 %
James : Kenapa cakap itu macam?
Aku : Jangan u nak tipu i. I tau apa u buat belakang i . 

James : U tak balik lagi ? puasa ? 

Bodohkan aku . Aku jawap pertanyaan dia. Dan aku terus terpikir yang kenapa aku nak marah dia lagi. Aku cuma rindukan dia saja. dan dia boleh jawab soalan aku dengan tenang seolah tiada apa2. 

" James aku masih sangat merindui kau. walaupun kau sudah banyak melukakan aku"

seolah -olah ini yang aku mahu katakan pada dia . 
 






With Love , Mrs Lollipop

Monday, 30 July 2012

Mati


Ya, Allah Hanya kau boleh membalas segala kebaikan
Pagi ni memang indah.
Ceria. 
Rasa apa yang aku bebankan selama ni dah hilang sekejap.

Tapi , 
bila aku mengetahui hakikat. 
aku jatuh. 

Tersembam . 
Luka aku lagi dalam dari segala apa yang ada
Aku takut aku tak mampu berdiri dan bernafas 
lagi. 

lihatlah aku untuk kali terakhir
pandanglah aku untuk kali terakhir
bilamana aku sudah tidak bernafas lagi
maafkan aku untuk segala

With Love , Mrs Lollipop

Thursday, 26 July 2012

BREAK OFF With Mr Lollipop


Aku tidak boleh berhenti mencintai kamu dan aku tidak mampu membenci kamu


Oh,
Aku dah break off dengan Mr Lollipop kot

Jadi aku assume aja dia nak tinggalkan aku tapi dia tak sampai hati nak cakap dengan aku.
Padahal aku selalu je cakap dengan dia

" Mr Lollipop , if 1 day u dah tak mahukan i lagi , U bagitau dengan i "

dan biasanya dia akan cakap dengan aku yang

" Mana ada itu hal. I takkan tinggalkan u"

dan aku percaya setiap patah perkataan yang dia tuturkan.


Tanda

Mr lollipop meragam. Macam macam hal timbul n semua dia nak kesahkan. Padahal masa awal aku jumpa dia . Past is past yang penting sekarang masa sekarang i bersama u. Sibuk dia nak kira berapa X-Bf aku ada. Aku anggap itu cemburu tapi itu hanya alasan dia. Dia sedang cari alasan untuk tinggalkan aku ?

Dan bila dia tak jumpa alasan dia tinggalkan aku macam tu.

tau macam mana dia nak break ngan aku?

1) Call aku bagitau yang esoknya dia nak pi bangkok. dia cakap yang  dia akan call aku bila dia balik. 

Bila dah beberapa hari , [ Especially aku tahu yang dia ada sms kawan aku]

2) Dia Sms aku n kata pula jangan call or sms dia sampai dia call aku

Ok . Aku masih tak suspect apa2. Tapi bila dah hampir masuk ke bulan ke-2 . Aku sedar n call kawan dia. Malik besfren dia kata

" Maybe dia dalam buat keputusan nak memilih kot"

Itu je. 

3) Remuk tak hati aku bila dengar Bf aku ngah buat pilihan ? Compare aku ngan siapa? Perempuan lagi muda n bergetah? 

Hati aku luka ni dia ada kesah? 

4) Dia langsung tak sms atau call.


Sekarang

Aku tukar phone number. dan aku delete nombor dia dalam telefon aku. Aku buang gambar dia dari Hp/ computer . Tu semua aku dah buat . Aku luka dan tidak puas hati dengan dia sebab putuskan aku begitu . 

Aku menangis setiap kali lalu tempat aku dengan dia. even memandu balik ke rumah sebab waktu tu lah aku gayut dalam phone dengan dia . 

Hati aku sakit sebab aku tak dapat memiliki dia. 

Tapi 

Akhirnya aku sedar aku tidak dapat hidup pun tanpa dia. 
Aku redha dengan apa yang berlaku. 
Jika aku langsung pun tidak mampu nak membenci dia aku kena belajar menerima perkara ini. 
lagipun ia juga lama-lama juga akan berlaku. 

Aku teringat akan kebaikan Mr Lollipop pada aku. Dia banyak mengajar aku dalam kehidupan. Selama 5 tahun aku dengan dia , tak terbilang pelbagai benda dia buat untuk aku. Aku sendiri pun tidak pernah mencintai seseorang selama dengan dia. 

Susah. 
Memang susah untuk biasakan diri tanpa Mr Lollipop
Jadi aku masih berusaha . 

Harap Mr Lollipop akan bahagia bersama sesiapa pun yang dia mahu. Aku tetap cintakan dia sepenuh hati aku. Harap kami akan sama-sama bahagia dan gembira. 

With Love , Mrs Lollipop

Wednesday, 7 March 2012

China


Aku sangat merindui dia
rindukan segala tentang dia

Dan hari ini
malam ini dia terbang ke China
dan hati aku berubah '
dari marah ke rindu

Selamat jalan sayang
Aku merinduimu setiap saat sahaja
Aku menanti kamu disini
dengan penuh kerinduan dan kasih


With Love , Mrs Lollipop

Tuesday, 6 March 2012

pilihan

Aku sangat terluka
terluka dengan perbuatan dia.
dan luka itu dalam

Aku minta dia pilih.
samada terjun bangunan
atau mengelar tangan

With Love , Mrs Lollipop

Babe, Maafkan aku

Katakan pada aku, yang mana aku hanya milikmu , Babe
Cinta banyak membuatkan aku melakukan benda bodoh 
dan banyak melukakan aku. 
Hati aku mula berubah sikit demi sedikit. 
Dan benarlah yang mengajar perempuan jahat adalah lelaki. 
Bila kepercayaan di sia cuma.
hanya tinggal prasangka menguasai aku. 

Aku sedih bila
melihat diri aku sendiri.
Bila aku mula tak percaya pada dia. 
Bila aku mula mempersoal segala
Apa yang berlaku antara kami

Dulu aku tidak akan tertanya
kerana aku tahu di mana tempat aku pada hati dia
Tapi sekarang aku sendiri rasa dia  
bukan miliku lagi walaupun hati aku sebenarnya 
hanya milik dia. 

Babe, 
Maafkan aku
aku hilang kepercayaan pada cinta kita
walaupun aku tahu 
cinta tanpa kepercayaan adalah tidak bermakna

Pujuklah hati aku kembali 
Tariklah aku dalam pelukan hangat
ciumlah aku dengan penuh kasih sayang 
bisikan dalam hatiku bahawa aku milik kamu

With Love , Mrs Lollipop

Sunday, 29 January 2012

Baliklah Mr Lollipop




Babe, come and hug me 
Encik Lollipop bila u mahu balik ar
Sudah 10hari ,
Itu New zealand bukan jauh sangat
satu jari sudah boleh sampai

U ada tahu apa macam  hati saya kah sekarang
Ada banyak sedih tapi sikit punya gembira ( p/s : Itu phone saya mau sudah dapat ooo)
bila tak dengar u punya suara.
U tau kah itu hari saya demam lagi
Demam rindu sama u.

Aiya , pagi ini ar
Uncle kerongsang datang lagi oo..
Dia cakap yang ini hari orang hokkien sembayang banyak besar
u hokkien kan...:)
Dia cakap lagi, masa bujang ar
dia tak mahu kawin
tapi ar bila itu ( dia punya tuhan la) sudah ikat tali kuat
Apa macam cara pun tak leh putus juga.
Hahahahaha.....bagi orang kami ar,
Kalau sudah jodoh tetap tak kemana ^___^

Mr Lollipop
Mata saya sudah jadi manyak teruk ar.
Semua jadi tak kena
dan ini semua salah u
buat saya jadi ini macam
Siapa suruh u buat i jatuh cinta sama u sampai ini macam???

Balik tau,
Saya tunggu .
Cepat-cepat datang kata u rindu sama saya.
dan u mahukan saya macam selalu.




With Love , Mrs Lollipop