Sunday, 13 November 2011

Terasa Beb

Teringat perangai Mr Lollipop pula tiba-tiba. Ada sekali tu aku makan kat bandar sunway dengan dia . Balik dari situ aku yang jalan dulu sambil tunggu dia "Tit, Tit " [ Tekan alarm , buka kete] . Kereta sebelah dia kereta BMW warna putih. Driver nyer pun nak masuk dalam kereta tu. Driver tu lak memang hensem giler. Chinese mix omputih. Kurus n tinggi. Muda lagi. Dia siap senyum-senyum kat aku lagi. Punya la gatal aku masa tu sampaikan Mr Lollipop sampai pun aku tak perasan. Tiba -Tiba dengar suara dia

" Aya , U tak nak masuk ke? "

Hahahaha. Aku ape lagi. Kelam kabut la nak masuk kete. Aku masih gak ralit tenguk tengok mamat sebelah tu. mamat tu senyum sambil angguk-angguk kepala. . Aku dengar pintu kete di hempas kuat. aku toleh kat Mr lollipop. Muka dia masam dan aku masih buat tak tahu. Hahahaha. Kejam betul aku ne. Then bila mamat tu nak reverse dia siap lambai n say bye kat aku. aku pun melambai ler dengan tersenyum-senyum.
Tahu apa jadi lepas tu.
Mr lollipop terus tanya aku ,

" Dia muda sangat and i dah tua ker? , U nak naik kereta dia ker?" Selamba je kan ayat dia.

ha! dengar tu. Cemburu kot. Ntah apa ntah kena mengena pasal perbedaan umur dia ngan mamat tu. Tak reasonable langsung. Sama je kes yang dia kata aku tak geli ker dengan orang tua macam dia. Terasa Beb. Dah aku memang suka dia. ^_______^.

Eh , Rindunya dengan Mr lollipop ni. Dah lama rasanya dia tak call. Malik kata dia dah start keje ari ni. Harap-harap dia dah sihat dah. Dan boleh manja-manja lagi.
Conform aku jadi drama Queen kalau dia call harini. Mesti aku nak nangis ter-esak-esak. Padahal drama je. [ Tapi memang aku miss sangat2 kat Mr lollipop] .Kalau tak takkan Mr Lollipop kata tak ada perempuan laen yang cintakan dia macam aku ].


With Love , Mrs Lollipop

Thursday, 10 November 2011

Bila aku dedicated lagu untuk Bf ^__^

Mr Lollipop ,  rare and beautiful 
Aku paling suka dedicated lagu untuk Mr lollipop. Dulu kalau ada lagu miss nina , Whats ur waiting for  aku akan call mr lollipop n minta dia dengar lagu tu . Sekarang ni lagu selena gomez plak. " Love u like a love song"

dan paling aku suka pada reaction Mr Lollipop. ^_^ annoying . Dia gelak aja. tapi aku kata [ dengan nada sedih ]

" Semua  orang dedicated lagu untuk Bf , Takkan i tak boleh ?" 

Dan dia gelak macam aku ngah perform kat raja lawak




Selain tu , Bila aku gaduh atau sakit hati dalam kereta. Sambil wat muka boring aku akan nyanyi bagi dia dengar lyrics lagu yang aku nyanyi khas untuk dia. Pastu dia start la nak balik la, nak tu lah. Padahal dia biasanya yang hangin. Dia pun tanya lah yang aku dah bosan ker bersama dia . Padahal yang tarik muka dulu dia. 

With Love , Mrs Lollipop

Mr Lollipop Masih Sakit

Cepatlah sembuh sayang, Kerana aku Kangen kamu
Mr Lollipop masih sakit. Risaunya aku ni. Sekarang ni dia admit hospital dah. Aku tak leh wat apa-apa pun untuk dia. Nak jaga dia pun tak boleh. Bukan tu je , Nak tahu khabar dia pun tak boleh.

Malam tadi aku terlalu risau kan dia sampaikan aku baca yassin untuk dia.
Aku membaca dengan meniatkan dia memperolehi kesembuhan dari ALLAH. Jika dia memang di takdirkan pergi maka biarlah dia pergi dengan segera dan mudah. Jika tidak , biarlah dia sembuh dengan segera.
Bila aku bangun pula pagi ni. Cermin yang aku ter-sentuh jatuh berderai. Pecah seribu. Mak kata ia petanda tak baik. Aku mulai risau.

Bila aku call malik kawan Mr Lollipop , Dia kata yang Mr Lollipop belum admit lagi. Dia yang nak kena menghantar Mr Lollipop. [ Eh, Kenapa wife Mr lollipop tak hantar] . Malik kata dia degil. Dah banyak hari sakit pun masih tak nak pergi hospital. Aku risau itu appendix ataupun gastrics. Rasa macam nak pergi rumah Mr Lollipop dan seret dia pergi hospital. Jadi aku minta malik hantarkan dia.

Mr Lollipop , Cepatlah pergi hospital sayang. Jangan buat I risau.

P/S: Di bolehkan mendoakan orang bukan islam dengan syarat tidak mendoakan dia kebahagian diakhirat. Di bolehkan untuk mendoakan dia mendapat hidayah, Kesihatan, kekayaan dan kesehjateraan selagi dia masih hidup. ^____^ 

 
With Love , Mrs Lollipop

Tuesday, 8 November 2011

sakit



Semanis cinta kita ^_____^ - Ms.  & Mr Lollipop


Mr Lollipop jarang sakit. tapi,
Dah 2 hari Mr Lollipop sakit. T____T. Aku rasa risau sangat. 
Sakit apa pun aku tak tahu. 
Semalam dia call and kata yang dia dah sampai umah dan rest
Dia tak sihat . Tu je yang dia kata. 
Dah sampai umah n jangan call. 
Huhuhuhuhuhu

Lirik Lagu Wali Band – Harga Diriku

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Reff:
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Back to Reff

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

Back to Reff

Dia tak tahu ker aku sekarang ni risau n rindukan dia. 
Sakit apa? Dah jumpa DR lum? Dah makan ubat? Dr kata apa? dapat cuti hari ni tak?
Tapi langsung aku tak dipedulikan.Geram betul bila dia behave macam tu. 
Sebenarnya dia sayang aku tak? Cuba cakap ?

 Lirik lagu " Kekasih gelapku " By Unggu
Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ooh...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...


Updated : Already call Mr Lollipop

Me               : James dah sihat 
Mr Lollipop : ah
Me               : Dah makan ubat ?
Mr Lollipop : Ah


Me               : Kat rumah ke kat opis ?
Mr Lollipop : rumah 
Me               : Ok la Bye
Mr Lollipop  : ah. 

Tu je yang dia cakap ...huhuhuhu...tapi sekurangnya aku dah dapat call dia . N sound ok je. Tak per, Wifey dia yang jaga dia. Jadi aku tak yah menyebuk. [ Padahal tadi risau giler ] . Siap aku pesan dia dalam SMS ,

" Harap u cepat sembuh.Jaga diri u and I always miss u tau. "