Sunday, 30 October 2011

Rest in Peace My dear Cat T_T

Rest in Peace My dear Cat T_T

Ni bukan gambar Kuning Tapi he remind me to kuning
T_T i want my Kuning Back

Hari sabtu lepas. Kucing kuning aku mati. Tak tahu sakit apa. Tapi perut dia keras dan tegang. Seharian dia tak boleh kuar Poo. Huhuhuhu.

Aku sayang sangat kat kucing kuning aku tu. Walaupun aku cuma kutip dia bawak balik. Aku ingat lagi. Masa tu Pagi pukul 4 pagi. Mak aku kena pergi dialysis awal pagi. Then hujan lebat masa tu. Tetiba aku dengar " Miau miau" . aku toleh dan dia gesel2 kat kaki aku. Muka dia nampak bingung dan takut. Agaknya dia baru kena buang kot.

Jadi aku dukung dia dan terus bawak masuk kereta. Sifat dia ni jinak. Jinak sangat tapi penakut dengan BuuuuBuuuu Kucing mak. Dan dia malas sangat ok. Asik tidur. Nak minum air pun malas. Aku kena siapkan tempat minum dia kat tepi tempat dia baring.

Dan paling bes kalau aku balik kerja. Dari pintu lagi aku jerit nama dia. Dia mesti nyahut punya. Bila marah mulut bising dan bebel-bebel. Hahahaha. Mak aku suka sangat usik dia. Dia ni pobia naik kete. Aku suka bawak dia naik kete dan dia akan duduk diam. Aku masih ingat dulu masa aku bawa dia jalan-jalan aku behenti kat shell then masa aku isi minyak tu dengarlah dia miauw miauw  kat tingkap dalam kete panggil aku.Comel betul. Dan dia gak takut tengok anjing. Ada la sekali tu aku bawa dia ngan mak. Dia nampak anjing. nasib baik tingkap tutup. Muka dia takut semacam.

Dia ni memang banyak perangai. Perangai malas dia memang aku tak boleh blah lah.Perut dia buncit betul. Pantang kena usik. Terus jatuh kan badan. golek-golek mintak garu. Comel kan. Dia ni pun suka sangat menjilat.Muka tangan aku semua dijilatnya.Nak bergerak dari satu tempat ke tempat lain pun malas.

Harap kuning aku ada kat syurga. Jadilah kucing yang gemuk dan malas kat sana yer. Muah muah.

P/s : Masa balik semalam , Ada Rabbit gangster kat rumah aku. Muka garang. Gangster kajang. Hahahaha. Nakal betul. Bila bagi makan dia duk menumpahkan makanan. Amik ko, aku ganti dengan tmpat makanan kuching yang kaca n berat. x leh dia nak menumpahkan benda tu.


With Love , Mrs Lollipop

Wednesday, 19 October 2011

What-So- Ever la lalat


 
Aku nak tukar kerja boleh tak ? 
Ye! Aku tertekan ni. 

Bukan tu jer , 
Pasal hal aku belum kahwin lagi
Tu pun nak jadi hal. 
So what kalau umur aku dah nak masuk 3-series 
Aku mintak duit korang nak kawin or 
Aku nak rampas laki korang?
Pilih lar wei korang nak yang mana. 

Aku dah tak larat lar. 
Nak jawab tu semua 
Macam-macam aku dengar 
" Ala tengok badan pun dah tahu "
" Last-Last nanti ganyut " 

Korang agak-agak kalau korang kat tempat aku dan dengar macam ni 
Korang rasa apa? 
Ada Rasa Heppy lagi tak ? Or Rasa Babi ? 

Aku gemuk dan huduh 
Puas hati ?
Atau korang nak cakap tu baru tahu aku laku tak
Macam pisang goreng
Eh Penat lar aku 
Selamba dek jer korang merendah-rendahkan aku 

Korang dengar sini 
Aku tak Kawin lagi sebab aku belum jumpa 
Jodoh aku 
Paham tak ? 
Eh hello , Apa kes kalau ada orang baru nak kenal2 aku 
Then tanya aku kerja kerajaan ker? Kereta tu nama sapa ?
Gaji aku berapa ? 
Ko agak-agak sekarang sapa yang materialistik ? 
Aku ke Jantan -Jantan tu? 

Aku tak nak kawin
Kalau cuma nak jadi mangsa pukul
Tempat Bayarkan hutang laki [ Belum kena kerja Ah Long lagi ]
Kena maki sesuka hati
Oh Lupa lak 
Tempat lepaskan air mani 
Menanggung beban suami 
Jaga anak berderet-deret pas tu laki lepas tangan 
Owh belum lagi laki curang kat luar
Setengah mati ko jaga anak n cari duit 
Laki ber-Betina keliling pinggang
Aku tak payah tengok jauh jauh
Sekeliling aku macam tu. 

Kelakarkan
Kawan aku kata 
" Perkahwinan ni macam berjudi, 
Untung Batu tenggelam , untung sabut timbul " 
Selamba dek ek kata macam tu.

Betullar orang kata 
Indah khabar dari rupa 
Perkahwinan orang yang kau nampak " Sangat Bahagia" 
" Bahagia Sangatlah " 

Jadi tak payah nak sebuk-Sebuk 
Kata yang aku tak laku 
Aku anak dara tua 
Or whatever lar 
Sebab korang pun akan ada anak perempuan, Cucu perempuan 
dan saudara perempuan 
Sekarang bayar cash je .


With Love , Mrs Lollipop

Buat X_BF aku yang aku benci.




Bencinya aku kat dia 
Sangat benci. 
Dia buat hati aku luka 
walaupun hanya sekelumit saja waktu aku bersama dia. 
Apa? Dulu kau tak percaya pada perkahwinan
Kini kau dah berkahwin dengan perempuan tu
Aku tak salahkan perempuan tu
Tapi kau yang aku bencikan.
Bahagianya tengok kau bergambar dengan dia
Apa? kau kata " Ling" [ Darling] 
Kebencian aku pada kau tak tertahan 
Kau nak kata yang aku tak kahwin dengan kau 
then aku cemburu la. 
Sorry sikit, kau bukan Mr Lollipop aku yer
[lelaki yang bisa buat aku tahu apa itu cemburu] 
Apepun aku tetap doakan kau bahagia.
Dan aku menyesal pernah jumpa kau dulu.
Apa yang aku lalui bersama kau dulu 
is nothing 
Dan aku menyesal untuk segala-Galanya.
 Aku rasa jijik bila pikir aku pernah 
suka kat kau 
Yuks . 
Kau yang rugi sebenarnya
Bukan aku. 
Eh, By the way aku remove kau dari FB aku 
Sebab bukan apa.
Aku tak ada kenal orang yang menjijikan macam kau. 
[Sambil Senyum Lebar-Lebar ^____^]



P/s : Hanya untuk dia [ Sebut nama pun aku jijik ] , Lelaki yang putus dengan aku pada Malam 31 ogos 2008.


With Love , Mrs Lollipop

Monday, 17 October 2011

Cinta ini seperti Perjudian

Cinta ini seperti perjudian









Gembiranya  hari ni.
Sebenarnya hari sabtu aku keluar ngedate dengan Mr Lollipop
Cute sangat sangat dengan rambut dia yang panjang sikit dari kebiasaan tu .
Di tambah pula dengan misai halus . Sexy sangat sangat.

Tapi,
Malam tu salah hantar sms . Aku nak hantar pada kawan lelaki laen.

" Lee , call me. "

Ringkas je tapi boleh wat mr lollipop marah kalau dia tahu aku ada lelaki laen.
2 malam tu aku tak leh tidur risau kalau Mr Lollipop salah paham pula.
Then,
Pagi ni pula bila aku call dia.
Reaksi dia ceria sangat.
[Ntah-Ntah dia rindu aku sangat kot]
dan bila aku nak xplain pasal sms tu.
Dia kata yang aku nak inform dia pasal kawan lelaki aku tu call aku.

" Lee, call me "

hahahahaha. jadi semua dah setel.
Tak yah aku risau lak nak bagi alasan apa.
Tambahan pula Mr Lollipop kata dia mimpi eja [ Hangin tak dengar]
Sebenarnya ayat tu cover nak kata yang dia mimpikan aku.
[bukan nak mengaku. Huhuhuhu]
 Kalau tak tak kan repeat ayat tu je.
Egoistik aka Ego+Plastic betul.
Kuat sangat mengusik , bukan tak tahu yang aku ni sekarang cemburu sangat.
[Sampaikan kalau dia puji pelayan kedai cun , aku cepat-cepat kata jangan pergi situ lagi]
Teruk betul !!!!!

P/S : Lee,
1) Thank you 4 everything. [ everything include using me T_T)
2) Im not losing anything. Its not just about money. I just dont want to be with you and i dun want to lied again.
3) for the time being dun " make any nonsense reason "Or whatever lar , I hate to hear any.
4) No need to call me " Sayang" anymore. again i hate it. [ did i told you before?]


With Love , Mrs Lollipop

Friday, 7 October 2011

Manusia Biasa

Sayang, kau manis seperti ceri . Merah dan menggoda .


Me : Muah Muah Muah [ nada : Sangat Excited ]

Mr lollipop : Mmmm...

Me : Morning , U ada rindu i tak ?

Mr lollipop : Mmmm...

Me : [ Dengan nada berbisik] Malam tadi i tak boleh tidur sebab rindu sangat dengan u .U ?

Mr lollipop : Mmmm...

Me :  U dengar tak apa i cakap ne?


Mr lollipop : Mmmm...

Me : K fine , U busy ker [ Masih bertanya sambil berharap dia tak busy T____T ]

Mr lollipop : Mmmm...


Inilah antara perbualan aku dengan Mr Lollipop hampir setiap pagi. Hangin je bila dia ngah ber-Mood macam tu . [ Ala mood cakap mmmmmmm je ] . laen kali kalau dia tanya macam tu , aku nak ubah ayat jadi


Me : Morning , U ada rindu i tak ?

Mr lollipop : Mmmm...


Me : Oooooo...jadi u ok la bagi i kad kreadit u .

[ Nak tengok dia jawab apa , alah tapi tu kan Mr lollipop pling kuat pun dia macam terkejut dan kata ;-]

Mr lollipop :  Apa !

Pagi-pagi jugalah aku suka sangat nak Text-ing dia dan kata :-

 " I dun know how to life Without u by my side
Because u already became part of my life"


ataupun

" Morning My dear lollipop
Crazily miss u ^____^ "


Ataupun

" Pagi ini indahkan 
Matahari bersinar terang 
macam hati i 
Yang berbunga -Bunga rindu pada u "

Walaupun aku tahu ada hari-hari dia yang tak best. Dan semestinya dia akan marah aku te-tiba [ percayalah , dia ni Emosi T___T ] . Aku tetap mencintai dia sepenuh hati. Sebab aku dan dia masing-masing adalah manusia dan manusia tidak sempurna. 

Mr lollipop ni kalau tengah hangin [ Especially angin tak baek masa meeting or baru pas marah orang buat kerja tak betul ] Aku yang tak ada kena mengena pun kena tempiasnya. Sampai aku tegur dia baru la dia cold down sendiri. 


Mr Lollipop : Bla...bla...Bla;;;[ Dia membebel macam aku yang buat salah]
Me : James , U marah marah  i ni kenapa? [ Cakap lembut-lembut]
Mr Lollipop : Mana ada i marah [ Dengan nada suara yang perlahan]
 
Kan senang tu. Cuma aku pun take time . Dia type cepat cold down . Marah cepat, cepat sejuk tapi takkan lupa salah orang kat dia sampai bila-bila. Hahahaha.
Paling best bila aku sound dia

" I bukan pekerja u "

Pesanan untuk Mr Lollipop :-

[..........................................................Tq]







With Love , Mrs Lollipop

Monday, 3 October 2011