Monday, 26 September 2011

Mr P lari jauh jauh

Bukan Senang nak melepaskan dia yang pernah kau cintakan sepenuh hati

Hari ini tak best . Nampak Mr P dengan Kereta Isuzu DMax @ Sungai Buloh. Tapi

Aku  : Mr P , Nak pergi mana??
Mr P : Kuala Selangor.
Aku   : I kat belakang u
Mr P :  Okey. [Senyap]
Aku   :  Bye.
Mr P  : Bye
[ Sambil tu tengok dia bawak kete laju-laju macam nak ajak lumba lari , Eh Lumba kete]

Suara dia sangat dingin , Tapi hati aku kuat menyatakan ada someone inside mr P punya kereta.
Telahan aku benar. Semasa dia membelok aku ternampak Maid dia dan beberapa orang lagi di dalam kereta.
Eh , Tu maid dia ker? sebab aku sendiri tak pernah jumpa wifey dia secara life.
Sampai sekarang aku masih rasa susah melepaskan dia dari hati aku. Tiada kata putus dari dia tapi aku sendiri paham kesusahan yang dia harus lalui.

p/s :
1. Jangan bagitau Mr Lollipop . marah dia ngan si Ah long ni tak habis lag
2. Kelakar betul semalam, Mr lollipop kata kenapa kawan2 i tak nak lelaki macam dia [ nak exbertise malik la tu] . Directly aku ter-jawab , " Geli kot" . Apa lagi melenting lah dia " U peluk orang tua , tak geli ker? " .
3. Mr lollipop saya tetap suka awak la. [ walau awak dah tua ]

With Love , Mrs Lollipop

I suka sangat pada u

Cinta adalah sesuatu yang tidak boleh dipelajari dari buku - Nina Maryam,2011 

Aku         : James , boleh bagitahu i kenapa i suka sangat pada u?
James      : Tak tahu .
Aku        : Ada tak perempuan lain yang sukakan u macam i suka kan u ?
James     : Tak Ada. U sorang saja.
Aku        : Habis tu apa u dah buat sampai i gilakan u sampai macam ni
James     : I bomohkan u. [ fiction je jawapan tu . Yang sebenarnya dia jawab " Tak tahu"].


Hahahahahaha. Bongok betul bila jawab macam tu. Tapi itulah Mr Lollipop . Sikap dia memang macam tu. Aku gembira dengan dia cuma bila time dia buat hal aku rasa nak pijak je dia. Hahaha. GF derhaka .


 
With Love , Mrs Lollipop

Wednesday, 21 September 2011

Monday, 12 September 2011

penyelesaian


Aku dah ber-confront dengan Mr Lollipop pasal hal tu. Dan dia marahkan aku. Dia katakan aku akan treaten dia dan dia tak mahu buat keputusan. Dia katakan aku seperti Gengster. Marah orang sana sini dan akan kehilangan kawan.

Dia tak mahu jumpa aku. Aku cuma mahu menjelaskan semua perkara berlaku. Membuat keputusan adakah aku akan meninggalkan dia ataupun tidak. Dia katakan pada aku kalau begitu kita hanya akan bercakap didalam telefon [ p/s : Dia tak pikir ke , 4 tahun tu masa yang lama]. Dia tak tahu ker yang kalau aku break dengan dia esok aku dah tak nak dengar suara dia pun . Jangan nak kata jumpa , Nama dia pun aku dah tak nak dengar. Bagi aku enough is enough.

Aku tak mampu lagi nak tanggung semua. Perkara ni berlaku sebab dia yang buat hal. Aku tak menyalahkan kawan aku tu . langsung tak tapi aku cuma memerlukan masa untuk memikirkan apa tindakan aku selepas ini. Tapi dia juga tidak memahami.

Diaorang paham tak yang diorang penting bagi aku. Macam Air dan Udara. Bila salah satu tiada aku akan mati.


With Love , Mrs Lollipop

Sunday, 11 September 2011

Cinta menjadi benci

Love hate Pictures, Images and Photos
Cinta merubah menjadi benci
 Aku sangat sayang kan kau Mr Lollipop sampaikan aku ter-Sangat bencikan diri kau. Aku benci sangat pada kau. Benci sampai nak nangis. Aku mencintai kau lebih dari segalanya dan begitu juga kebencian aku pada kau.   Aku tak mampu menolak atau buang kau terus dari hidup aku. Sepertimana aku menerima kau dulu dalam hati aku ini.

Ataupun kau nak aku buang semua yang berkenaan dengan kau dari hidup aku.
Kau tak tahu macam mana bila kena " Buang " Dari hidup aku.
Benar aku akan melalui bulan-bulan kesedihan .
Bertemankan air mata.
Tapi itu sampai air mata aku kering dan tak mampu nak lagi nak menangis.
Dan aku akan mula dengan senyuman dan keyakinan.

Bila aku buang kau dari hidup aku
Nama kau pun aku langsung tak ingat.
Aku akan Padam segala-galanya.
Buat apa aku mengingati orang yang meng-khianat aku.

Oh Mr Lollipop,
Jangan salah paham atas perkara ni.
aku bukan membenci kau atas alasan kau curang ataupun aku tak dapat memiliki kau
Aku tahu akan hakikat itu
pada waktu aku aku membuat keputusan
Mencintai kau.
[p/s: Tiada wanita yang mencintai kau seperti aku]
aku cuma membenci kau bila aku rasa kau mengkhianati aku atas hubungan
yang kita bina selama ini dan juga mencemari persahabatan aku dan dia.
Bukankah aku pernah mengalami benda yang sama dulu.
bukan aku selalu cerita dengan kau pasal perkara itu.

Mr lollipop tahu tak
sedalam mana cinta aku pada kau.
Sekarangpun aku berlinangan Air mata.
Deras.
Dan ia cuma akan terhenti bila
aku hilang perasaan cinta untuk kau.

Maafkan aku untuk segala-galanya.


With Love , Mrs Lollipop

Tuesday, 6 September 2011

Pergilah Sayang Pergilah Pujaan


Pergilah sayang Pergilah pujaan 
Selamat Tinggal Mr P
Itu saja yang mampu aku ucapkan .
Terima Kasih atas segala kenangan manis yang kau berikan
Kenangan kita mula bersama sehingga kini.

setiap tutur kata dan layanan yang kau berikan.
atas segala-galanya yang kau berikan
atas kasih sayang dan perhatian
juga ke-atas luka dan kenangan pahit kita bersama

maafkan diri aku
aku tetap tidak dapat
membenci dirimu
ataupun menghilangkan imej mu
dari pandangan hati aku.

Mengharap kan cinta kita kembali bertaut
Aku sangat berterima kasih
berjumpa dengan dirimu
walaupun sekelumit waktu
kita bersama
merasai apa perasaan dicintai
ikhlas dari dirimu

Cuma masa , keadaan dan status kita
tidak mengizinkan kita bersama
aku masih mengharap kita bersama seperti dulu
menikmati indahnya
kehidupan itu.

aku sentiasa mendoakan kebahagianmu
walau dimana kau berada dan bersama dia.
Dan aku mahu kau tahu bahawa
ucapan cinta yang pernah aku lafazkan untukmu
adalah hadir dari hati ini.
Hanya untuk dirimu

Pergilah sayang
Pergilah Pujaan


With Love , Mrs Lollipop