Thursday, 25 August 2011

Henti

Jangan kau hentikan cinta itu hanya kerana kau
tidak  meluah segalanya
 Berhenti mencintai dia

Seolah -olah  memberhentikan 
Degupan jantung aku 
dari berdegup

Jika jantung aku berhenti 
berdegup,
Tiada lagi airmata 
yang harus  aku gugurkan 
untuk menangisi 
cinta kami


Adakah ia patut digelar 
Cinta Kami 
ataupun
Cinta Aku sahaja 
Kerna aku sendiri 
Sudah tidak mampu 
merasai cinta dia hadir 
untukku


Dan Adakah pernah ada Cinta dia untukku 
Ataupun ia hanya kepuraan sahaja. 


With Love , Mrs Lollipop

Thursday, 11 August 2011

Pencarian dan Definasi Cinta



Encik Sperky dan lurus 
Cinta Bukan tuntutan nafsu sahaja
dan bukan hanya ungkapan I Love You
-Nina Maryam 
Dia yang pertama. Cinta monyet barangkali. Tetapi perasaan aku terhadap dia adalah benar dan ikhlas. Banyak kenangan dan salah faham memisahkan kami. Ada pertemuan tetapi tiada jodoh. dan aku masih terkedu bila mengingati kata-katanya. 

" ko layan aku sama aja macam orang lain " 

dia tak tahu yang aku sangat kecewa bila mendengar ungkapan tu. Belum sempat aku terangkan pada dia. Hubungan kami hambar dan tamat begitu saja. Malahan bagi memburukan keadaan aku melihat dia bersama teman sek menengah bergelak tawa.

beberapa bulan kemudian aku berjumpa dia sebagai identiti seorang sahabat. dan dari situ lah aku berjumpa encik bermata galak yang sangat lemah lembut. 
Buat yang pertama : Tahniah atas perkahwinan awak dan saya doakan yang terbaik untuk awak. 

Cinta adalah keserasian bersama
dan meluahkan segala-galanya
-Nina Maryam
Encik yang cute dan senyap
Sangat comel. Kesian dia. Bermula dengan usikan teman rapat. Comel ja . Ni macam pendorong aku untuk ke kelas yang sangat pack. Kesian dia . Jadi tak selesa dek usikan rakan-rakan. Janggal rasanya. 

Cuma masa praktikal sahaja dia mampu bercakap normal dengan aku. berborak dan bekerja sama. Dan yang penting waktu tu aja aku selesa dengan dia. Terima kasih kerana memberi kenangan yang indah ini. 

Mari , buangkan kejanggalan itu . Dan terima aku sebagai Sahabat ^_^.

P/s :  Tapi jika dia hendak calon isteri , aku nak cadangkan Cik A boleh tak. Dia yang terbaik.





Encik Bermata Galak
Cinta adalah kepercayaan dan cinta itu tidak lagi bermakna
jika kau tidak mempercayainya
-Nina Maryam 

Kawan baik encik Sperky dan lurus.Mata tu sangat galak dan seolah-olah berair. Hitam manis tapi aku sangat senang dengan perilakunya.

Tapi , antara aku dengan dia seolah-olah terdapat dinding besar. Memandangkan hubungan dia dengan yang dulu. Dan aku juga mendengar pelbagai cerita tentang perubahan Encik Sperky yang sangat ketara.

Dan Tajuk Itu lah yang sering kau utarakan tiap kali kita berbicara. dan begitulah akhirnya , bila kau katakan yang kau tidak dapat menerima aku sepenuhnya kerana aku, Pernah bercinta denga si "dia". 

Encik yang berjaya membuatkan aku makan panadol Sepapan. 
Percayalah , Cinta kadangkala boleh menjadi dadah
dan racun
-Nina Maryam

Dia lah yang paling meninggalkan kesan dalam hidup aku. Dan aku sedar yang aku hanya dipergunakan dan dipermainkan. 

Bodohnya aku kan. Membenarkan aku diperlakukan sebegitu. Gred aku di U pun jatuh mendadak. Air mata dah kering .Pun diwaktu tu aku tahu yang mana teman dan yang mana lawan. 

Dan aku juga pernah makan panadol sepapan sebab nak lupakan perkara tu. Makan dan minum tak terurus. Malah  nak pergi kuliah pun tak ada mood. Sehabis kelas aku terus melarikan diri. Memang ini pengalaman yang aku tak dapat lupakan dalam hidup aku.

Dan perkara terbaik ialah , aku buang " Mereka" dari hidup aku selamanya.




Encik yang tidak mahu komitmen

Adakah Perkahwinan adalah segala-gala yang kita mahukan
-Nina Maryam


Dia tidak mahu berkahwin.


dan aku akhirinya


begitu saja.

Semestinya dia bukan untukku.









Encik yang mencintai aku tapi bukan milikku. 

Cinta adalah bila kita saling memerlukan satu sama lain
seikhlasnya
-Nina Maryam
Dia sangat mencintai aku. Mencintai  aku seadanya. Tidak peduli masa silamku . Kami mabuk bercinta. Berani menerima apapun . Sehinggalah , dia mula risau isterinnya mengetahui hubungan kami. Ya , dia sudah berkahwin. Dia milik orang lain.

Aku kepunyaan nya sahaja. Untuk dia . Tutur kata dia yang lembut membuat aku kalah dengan dia. Dan kata kata dia yang paling mengembirakan aku ialah

" S , Mahu Kahwin sama saya ? "

Dia menuturnya ikhlas, dan aku tahu dari pandangan mata dia . Tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan diri aku. Dan sayang aku pada dia juga

Adakah aku tak layak menerima bahagia. ???



En Gula-gula dan bermulut manis
Cinta adalah pengorbanan yang memerlukan
tolak ansur, cemburu, kasihsayang, Keikhlasan
,komitmen , Saling percaya dan menerima,
Racun dan Pahit manis
-Nina Maryam
Aku ingin jadi yang terbaik untuk dia. Dengan dia , Aku senang berkata apapun. Mempamerkan diri aku sebenarnya.

" kau dan aku berjumpa dan dalam hubungan ini adalah ditakdirkan oleh tuhan Allah s.w.t " " 


Persepsi aku atas segala-galanya telah berubah sejak kami bertemu. Tentang :

Kehidupan
Cinta
Kebahagian
Sikap

dan segalanya berubah. Melihat dunia dari kacamata dia. Hidup ini indah , dan kita yang sebenarnya memilih samada kebahagian atau penderitaan yang kita pilih.

Encik Gula-gula , Awak telah mengajar saya segal-galanya tentang kehidupan. Dan terima kasih untuk segalanya.

With Love , Mrs Lollipop

Tuesday, 2 August 2011

Saling Memerlukan



Aku selalu fikir yang cinta ada bila kita saling memerlukan antara satu sama lain. Kita memerlukan dia dalam hidup kita dan seperti itu juga kita mahukan dia juga berasa begitu. 

Tapi ini bukan bermakna aku mempergunakan dia untuk kepentingan sendiri. Ataupun dia bersama aku atas sesuatu kepentingan. 
[ Sebab aku dah banyak melihat keadaan ini ] 

Tapi bila hubungan aku dan dia [Bukan Mr Lollipop] terasa hambar. Dan aku sudah tak mahu lagi meneruskan hubungan itu. Dia akan sedaya upaya mengambil hati aku semula.Dan bila saat aku terasa dia memang sudah tidak memerlukan aku selayaknya dan aku ingin membuang diri aku dari berada didalam hidup nya. Dia akan ada dan memujuk aku selayaknya. Setiap patah perkataan dia aku menerima tanpa ragu. Adakah aku memang miliknya. Milik dia selamanya.

Memang jika aku bersama dia , hidup aku aku sangat terjamin. Tapi aku cuma memerlukan kehadiran dia. Bersama dia walaupun untuk seketika. [ Itu yang membezakan dia dan Mr Lollipop yang sentiasa ada untuk aku] . Mungkin ini lah sifat aku yang tamak . [ mana ada manusia sempurna kan] .

Bukan aku tak paham atas segala kesulitan dia. Tapi mungkin aku rasa tidak dihargai dia sepenuhnya. Dilemma dia. Antara aku dan dia. Hanya Takdir yang dapat menentukan akhirnya hubungan kami.

P/S : Tinggalkan aku kerna aku tak mampu meninggalkan dirimu.


With Love , Mrs Lollipop

Monday, 1 August 2011

Korea Dish

Beberapa hari lepas , Pergi jejalan dengan farah ke JJ , Bukit Raja cari kasut dan Amcorp Mall sebab nak makan makanan korea. hahahaha.


Haeun Khon Korean Restaurant @Amcorp Mall

lot 336 & 363, Amcorp Mall, No. 18, Persiaran Barat, Off Jalan Timur
Petaling Jaya, Selangor , 46050
03-79572181





Bibimbap
Bibimbap, Selalu tengok dalam cerita korea. Tapi yang ini hot pan punya type. Cara makan dia , gaul semua. Taste dia : Sedap kalau tak ada menatang lumut tu. 
Lumut tu smelly sikit . Tapi average memang sedap la.
Aku makan tak habis pun sebab nasi tu memang banyak n dia mcm berpulut. 
Dalam tu memang sedap , ramai : ada isi ketam,kimchi, daging panggang, sayur hijau, carrot , timun dan telur
Jangan risau pasal telur mentah, dia kan jenis hot pan. Kena gaul gaul dengan cepat. 
Dia hidang makanan ni ber-set dengan side dish . 
Bibimbap
Bulgogi Set 
Ni farah punya set. Side dish kami sama. Cuma dia ada nasi kosong dengan Bulgogi je.
Sedap daging dia. Bulgogi ni macam BBQ cara Korea. Sedap-Sedap.Next time nak cuma makan kat Seoul Garden pula ngan farah. 
Bulgogi Set

Side Dish 
Tofu with vinegar
Seriously , aku paling suka yang ini.
Lembut dan segar
Ada rasa pedas
dan sejuk.
Tofu dia memang sedap. Ada tabur Cili n daun bawang
n kuah dia macam kicap n vinegar.

Tofu

Teratai Pickles
Ni dari buah teratai
farah suka makan ni
aku x suka sebab tak ada rasa.

Teratai Pickles



Kimchi
Kimchi rasa pedas dan sedikit masin
dan aku suka walaupun pedas.
kena makan dengan nasi lagi sedap.
ada sapa-sapa nak wat kimchi bagi
aku. 
Photobucket


With Love , Mrs Lollipop