Monday, 30 May 2011

Cinta kawin atau kawin cinta


Perlu ke kita kena kawin dengan lelaki yang cintakan kita 
Tapi kita tak cintakan dia langsung. 
cuma semata-mata nak tukar status. :(

Eh, Desperate ke? 
Mesti nak kahwin sangat sampai tak kesah sapa pun...
Kawin je lah, bukan mati pun. Ala sementara orang nak. 
Kau tu dah tua , Nanti tak laku . 
Kalau kau tak kawin dia kau nanti jadi Andartu. 

Lelaki itu : Aya, u kena lupakan Mr Lollipop
Aku        : (Senyap).
Lelaki itu : U lupakan dia, baru kita kawin
Aku        : Erk.....U makan apa tadi lunch hours. ( beragak-agak menukar tajuk)

Aku kena lupakan Mr Lollipop, baru aku boleh kawin? macam tu ker? Kenapa aku tak kawin je dengan Mr Lollipop. Oh, aku lupa yang Mr Lollipop ni gula-gula orang laen. Hak orang laen. Owh dia dah ada family sendiri dan aku menumpang sipi2 je. Boleh tak aku rampas gula-gula tu dari perempuan itu?

Aku tahu tu semua. Tapi ada yang tanya kat aku apa perasaan aku tak? Apa yang buat aku Stick pada hubungan ini? Tahu tak susah sebenarnya. Nampak aku gembira sebab aku pilih untuk gembira 50%  Mana lagi 50% ?

1. Tak leh gi date sesuka hati.
2. Bersama dalam masa yang terhad.
3. Tak boleh call dia sesuka hati lepas waktu kerja [ lagi-lagi cuma nak kata , I miss U]
4. Kena sedar diri tu menumpang je. [ implikasi dalam semua hal]
5. Tiada Percutian bersama.
6. Tengok wayang? Shopping ? Anniversary? ...tu cuma depend pada keputusan dia.
7. Dan banyak lagi.....

Bosan? Dengki ? sakit hati? tu semua aku dah rasa. Dan bila aku menimbang balik. Aku tetap nak dengan dia. Bodohkan. Malah aku boleh sms dia dan kata,

Mr Lolli kita tua sama-sama nak?

Jadi apa aku nak buat dengan lelaki itu. Aku langsung tiada cinta untuk dia. Dan tempat itu dah diisi Mr Lollipop sekian lamanya.

Bagi peluang ????

Bagi peluang kat lelaki yang dah tipu duit aku beratus-ratus???
Nonsenses.

P/s : Tinggalkan dia sudah! Ko cuma tak sampai hati je kan.
2. Eh ada kumpulan K-Pop baru , Gula-Gula. Kenapalah tak Guna M-pop kan lebeh seswai. ^_^


With Love , Mrs Lollipop

Tuesday, 24 May 2011

Demon Diary , Helios Eclipse, China Girl and My Bf is Vampire


Suka sangat baca cerita demon diary. Cute sangat . Tak payah nak register dan boleh Download mcm tu aja.
Cube try link ni

http://stoptazmo.com

bagi my BF is Vampire pula

http://www.mangatoshokan.com

Eh tau tak mana nak download Dewi Remaja a.k.a jade of bango ?????


p/s : Shhh....bosannya tak ada kerja ni. Keje dah siap. Bila ntah Boss nk kc keje baru.

Updated :  Dah jumpa dah mana nak baca Jade of bango. Cuma x leh download aja. Or aku pun sebenarnya x tau mcm mana???

www.mangarush.com 


bab citer My Bf's is a vampire tu dah habis baca cuma manga tu memang belum abes...cute sangat2

With Love , Mrs Lollipop

Change phone number , Again????



Again . I've change my Phone Number. 
Whoaaaa. How freely i am. 
No more " Gatal guys " from anywhere. 

P/s: Mr Lollipop said " U tak rugi ker tukar number ???"

With Love , Mrs Lollipop

Monday, 23 May 2011

Eh , boleh maki orang tak ????

Rain

No more sunshine for me.
It's raining.
and i'm hoping that rainbow will came out after.

Its not over yet
the love that being built by trust
both of us know
how cold and mean the rain are.

Just let the time flew away
to wash away
all memories and hurt we have

23 may 2011
With Love , Mrs Lollipop

Wednesday, 18 May 2011

Mr P dan perpisahan

Mr P dan aku dulu pernah ada salah faham. Dia pernah tak angkat phone dan tak call aku selama 1 bulan. Dia cuba melupakan aku agaknya. Dan aku juga melakukan benda yang sama. 

Mr P :  Aya , u mesti jaga diri baik-baik
Aku   : Kenapa , P , u nak tinggalkan i ke?
Mr P  :  Tak lah 

ni adalah perbualan kami yang aku sampai sekarang tak leh lupa. Aku dalam bus ,nak balik rumah masa tu. Dia tertekan kerana isteri dia dah tahu hubungan kami. Malam tu aku menangis sepanjang malam dan keesokan harinya mata aku mengbengkak. 

Ia bukan kesalahan aku. Salah aku cuma mencintai Mr P dan Mr P  adalah hak orang lain.Selepas sebulan kami terserempak di Traffic light tu. Dia hanya di sebelahku. Memandangku dengan senyuman. Dan aku kalah . Dia menelefonku dan bertanya khabar . dan hubungan kami masih diteruskan. 

Tapi aku masih terluka , sehinggalah satu hari 

                   Mr P :  bila I tinggalkan u ?  , kenapa u ada Bf lain. 
                               Sejak bila u keluar dengan dia?
                   Aku   : Yang dulu ....[sunyi] . Yang u tinggalkan i tanpa berita
                   Mr P :  Mana ada  i tinggalkan u . 

Aku diam masa tu dan terangkan yang aku akan Break Up dengan lelaki itu. [ Lelaki itu ialah Mr Lollipop] . Aku pun dah tak mampu putus dengan Mr lollipop. [ Tengok , dah tambah masalah lagi].

Kini, 

Aku tertanya-tanya. Mr P masih cintakan aku lagi tak . Cuma aku agak terasa sunyi. Busy memanjang. Cuma bertanya khabar didalam telefon. 
aku send sms 

" Mr P, U marah i ke? If i ada buat salah , Im Sorry . 
But dont leave i macam dulu. Please. " 

dia segera telefon aku dan menyatakan cinta dia masih mekar macam dulu. Cuma bisness dia ada masalah je. Dan aku jadi macam ni dek cemburu aku melihat dia selalu bersama isterinya .


Update : 23 may 2011 , Meet Mr P and he ask me to married someones else :( . How sad i am today. He say he do this to me for my god sake. Promise that he will take care of me but does he know how much i need him. Oh god , why u let me fall in love with somebody else husband. :( . On Grief. 

Creadit Photobucket 
With Love , Mrs Lollipop

Melon bunuh diri ?


Aku : Lolli kalau u tinggalkan i . I terjun bangunan.
Lolli : sakit ooo. Melon tau tak ?
Aku : tau , buah tembikai kan.
Lolli : macam melon tau kalau u terjun dari itu bangunan.
Aku : Dah tak sakit kalau dah terjun . Sebab dah mati.
Lolli : [ Senyap ]

Aku pun ceritalah dengan dia kisah krystal aki mizoguchi . Warga singapore ( Mix chinese dan Japanese) yang cara kematian dia menjadi kontroversi. Samada jatuh atau bunuh diri dari tingkat 9. Tapi seriusly memang dia sangat cute cuma mungkin dia sunyi.  Dia masih merasa luka break-up dengan xBf dia. Dan aku juga katakan pada lolli yang luka itu sangat sakit sehinggakan  Krystal lebih rela memilih kematian berbanding menanggung luka itu. 

Pssst : Lolli saya cuma ada awak aja. Cepat jadikan saya isteri awak dan lahirkan anak yang comel macam awak. 
With Love , Mrs Lollipop 

Tuesday, 17 May 2011

Mr Lollipop, Kedekut dan Bonia


Segarnya pagi ni. Segar sangat. Ceria. 
Jadi buat hati dan hati sangat gembira. 

Tapi 
Tu sekejap je. 


bila yana datang dan bawa beg Bonia dia yang baru dan bukan tu je, purse Bonia dia jugak. Regenya lebeh Rm 800.00. 

Hilang ke mana ntah pagi yang segar tu. 


Beberapa minggu lepas lak , dia tunjuk phone BB curve . Uwa. Nak jugak semua tu. Semua tu pemberian hubby dia pada dia. Jeleskan. Tapi memang cantik kan Hbag tu. 

Jadi aku pun pantas early in da morning menganggu Mr Lollipop. Nak jadikan hari ni hari nightmare dia.


                                       Aku : Lolli , yana beli handbag baru . Cantik sangat . Nak jugak.
                                       Lolli : brand apa, berapa ringgit?
                                       Aku  : Bonia, bla...bla....bla.....
                                       Lolli : Oh i ingat jenama Coach , Bonia malaysia brand ma......bla...bla...
                                       Aku :  Tapi i nak . ( Dengan sedihnya)

Selepas 10 minits ( masih cakap hal Handbag )

                                     Aku  :  Dia pun ada beli Handphone pink beri baru.
                                     Lolli  :  bla...bla....bla....( Lolli masih dalam proses memujuk )

dan akhirnya aku cuma boleh ingat 2 ayat dia aja .

" Aya , kalau u mahu handbag LV pun i boleh belikan , dan kalau i belikan kat Petaling street pun ia masih nampak yang mahal ma. sebab i yang belikan untuk u " 

maknanya , kalau aku pakai beg memahal pun tapi aku tak ada gaya jadi macam aku beli beg tiruan punya. Padahal kengkawan aku siap pakai beg Harrods lagi , Cuma ada kat London jek , tapi dia wat biasa je.


" Kenapa dia  tak pakai I-Phone 4 ma, murah je ataupun dia tak ada duit " 

Bf aku memang mulut " Puaka" Speechless aku masa tu. Agaknya dia geram kot.
Tapi bila aku pikir2 dan memang tak ada gunanya nak ikut rentak orang lain .
My sweet lollipop kedekut la. Hahahahaha


Creadit Photobucket
With Love , Mrs Lollipop

Thursday, 5 May 2011

Sumpah Buaya Muar



Nenek sitah ada cerita pada mak pasal satu keturunan orang melayu yang mana anak cicit dia tak boleh masuk sungai terutama sungai muar. Cerita ni berlaku masa nenek sita duduk kat muar. Ada lah satu keluarga yang miskin yang duduk di tepi sungai. Rumahnya di buat tinggi. Satu hari , si Ayah telah menjumpai telur yang sangat besar. Sangkanya ia telur angsa tetapi ia sebenarnya telur buaya. Di bawa pulang dan direbuslah untuk dimakan.

Tak disangka malam itu buaya itu datang ke rumah si ayah tadi . Melegar-legar di halaman dan di bawah rumah sambil mengamuk. Tidak di kacaunya orang kampung yang lain. Hanya ingin di makan anak orang miskin itu tadi. Hutang darah di bayar darah. Puas ketua kampung dan si ayah tadi meminta maaf kepada buaya. Di sumpahnya keturunan si ayah itu tadi tidak boleh ke sungai dan tempat berair kerana ia akan dimakan buaya.Ketua kampung menasihatkan si ayah itu  tadi berpindah jauh dari sungai dan keluar dari muar segera.

Dan cerita yang nenek cerita ini adalah benar dan terperinci.Sama seperti kisah bujang senang yang berdendam kerana adiknya diperkosa.

Seronoknya hidup zaman nenek sitah. Macam-macam perkara boleh berlaku


Creadit archive.kaskus.us
With Love , Mrs Lollipop

Wednesday, 4 May 2011

Larangan Pisang Udang dan Udang Galah


Tahu pisang udang tak ? Pisang warna merah. Dari batang hingga ke buahnya. Nenek pesan dengan mak yang kami tak boleh tanam pisang udang. Kalau nak tanam juga, kena tanam belakang rumah. Nenak kata lagi yang sebenarnya pisang udang ni ada orang-nya . Orang  kat sini ialah " Pontianak" ( Eh macam pokok kekabu lak) Nenek kata lagi , dia ada saat jantung nak pecah sebab masa tu cik pontianak tu nak makan madu yang keluat waktu jantung tu pecah. Lagipun kalau tanam depan umah tak ke pontianak tu duk menakutkan tetamu yang datang. Hahahaha. Jangan tanya aku yer , pontianak tu makan ke tak sebab aku pun tak tahu.


Selain tu , Nenek gak melarang mak makan Udang galah. Sebab nenek kata kelahiran mak sama dengan kelahiran buaya. Mak makan 2 kali je udang galah tu . Tapi kesan dia Muntah, dan berak-berak sampai lunyai. Tak sangka aku pun sama. adalah satu masa dulu , saya , Blogger Ajako, En Rizam dan yana makan udang galah kat restoren rimba. Siap bungkus balik udang galah. Keesokanya harinya , aku cuti sebab kena muntah2. Kalau orang sekarang mesti cakap yang aku ne alergi.

Pantang larang nenek sitah kalau dikumpulkan boleh buat buku. Huhuhuhu.

Creadit google

With Love , Mrs Lollipop