Thursday, 28 April 2011

Hujan dan Mr Lollipop

Hari ini hujan sangat-sangat. Langit gelap dan tak ceria. Mendung, kusam dan dingin. Buat aku sangat rindu pada Mr Lollipop. Huhuhuhu.Sapa suruh lolli tu comel sangat. Geram aja. Semalam ada tanya Mr Lollipop, kalau Mrs Lollipop dah tua dan kedut-kedut , Mr lollipop masih suka tak dan masih cinta tak sama saya. 
Mr Lollipop jawab

"Dah tua , kedut-kedut pun saya masih suka ma " 

Jawapan dia buat aku gelak aja. Padahal bila ajak pergi Pulau Karabi, Thailand pun dia langsung tak nak. Huhuhu. Cuti tak sama la , Itu lah ini lah. Seribu satu alasan dia bagi. Siap tanya kalau aku ber-iya iya nak pergi kenapa. Kalau aku kata nak berjemur , dia suh la aku pi duk tengah panas. Ajak pergi Genting Highland sebab kat sana sejuk dia pi kuatkan Aircond kereta. Malah ajak pi ICity nak tgk lampu , dia duk tuding kat lampu jalan. Geram betul. Tapi geram-geram pun tetap aku sayang. 

2 hari lepas , aku ada pi date ngan dia kat KL. Duk menunggu dia . Aku pun pergi lah meng-SMS besfren dia , Mr Maleq Noor ( aku memang suka nak meng-address nama dia mcm ni) . Tanya Mr Mn samada Lolli dah balik ataupun tak. Dan Bla....Bla...Bla....kami ber-sms la sampai lolli sampai ke kereta aku. Aku tengok dia kelam kabut tutup pintu kereta. Bila kitaorang dah duduk kat Restoren tu baru aku cerita yang aku ada SMS Mr MN tu. Dia diam je, tak ada Reaction. Jadi bila macam tu aku pun buat la tak tahu dan ingat cerita tu habis kat situ. Tapi tidaknya. Meleret-leret sampai semalam satu hari dia marah-marah dan aku pun tertanya-tanya kenapa nak marah. Aku cuma sedar dia marah aku ber-SMS dengan Mr Mn sebab dia kata macam ni 

" Buat apa u Sms I , U pergilah SMS orang ada respon dan Reply ur SMS. I kan tak pernah SmS u. 

Sebenarnya lolli cuma pernah SMS 2 kali aja . haahahahaha. Dia ni Type tak suka Sms . SMS first dia aku langsung tak paham. Sms kedua pun sama. huhuhuhu. Dia cuma call aja.

Jadi aku pun pujuk la dia. Kata la dia yang paling aku sayang. Dan minta maaf pada dia yang aku takkan SMS lagi kawan dia. Mula lah dia merepek-repek. Kata aku akan tinggalkan dia dan tak mahukan dia lagi. Padahal aku memang sangat cinta kat dia .

Aku baru perasan cemburu dia .Dan aku sangat suka bila lelaki aku sayang bersifat cemburu. Aku cuma mahu dia espresikan sifat dia yang mahu memiliki aku sahaja. Kerna aku juga hanya ingin memiliki dia saja , seorang untuk diri aku.


creadit ToXel
With Love , Mrs Lollipop

Wednesday, 27 April 2011

Aku mahukan dia hanya untuk diriku


Aku hanya mahukan dia
hanya dia seorang
dia yang hanya di hadirkan untuk aku sahaja
atau aku patut berusaha dan berubah.

creadit google
With Love , Mrs Lollipop

Tuesday, 26 April 2011

Pendinding

Salah satu kakak angkat aku memberi panduan ni sebagai pendinding menghidari Syaitan, Jin dan Kejahatan Manusia. Iaitu mengamalkan

1. Surah Al-Zalzalah 


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),
  2. وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,
  3. وَقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?",
  4. يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا pada hari itu bumi menceritakan beritanya,
  5. بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
  6. يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.
  7. فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.
  8. وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

Creadit ayat al-zalzalah
2. Ayatul Kursi 
3. Doa nabi Yunus 

diamalkan bila-bila masa , jika terasa bakal mudharat.



With Love , Mrs Lollipop

Wednesday, 20 April 2011

Renung Sejenak

Ayat Kursi (bahasa Arab:آية الكرسى ʾāyatul kursī) atau Ayat Singgasana adalah ayat ke-255 dari Surah Al-Baqarah. Ayat ini disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Ubay bin Ka'ab[1] sebagai ayat paling agung dalam Al Qur'an.[2] Isinya tentang keesaan Tuhan serta kekuasaan Tuhan yang mutlak atas segala sesuatu dan bahwa Ia tidak kesulitan sedikitpun dalam memeliharanya.
Creadit Ayat Kursi

Pagi tadi dengar ustaz cakap dalam TV

ALLAH S.W.T uji manusia macam-macam
Dengan kemiskinan, Kekayaan, penyakit dan macam-macam lagi semata-mata hendak menguji keimanan.

Dia buka semua pintu rezeki dan segala gala pintu
kecuali 2 iaitu pintu keberkatan dan pintu ketenangan
Untuk tengok samada dia berterusan menjadi ahli maksiat

p/s : Aku hamba yang lalai dan merasa jauh daripada-NYA.

With Love , Mrs Lollipop

Wednesday, 13 April 2011

Cakap-cakap orang yang bermulut longkang


Cakap-cakap orang. Korang dengar semua tu tak? ignore atau amik kesah semuanya?

Bila dengar cerita atau persepsi orang pada diri sendiri dan rasa itu tak best , korang masih boleh ignore atau kesah sangat-sangat.

Tak kesah la hal tu betul ataupun tak betul. Sebab itu privasi kita. bartul tak?

Ataupun sebenarnya dia nak mengambil kesempatan atas kekurangan kita . Betul tak?



Sebenarnya dari dulu lagi aku dah dengar macam-macam cerita. Yang benar dan di tokok tambah. Ya , memang saya ber-boyfrien dengan si polan. Puas hati. Tapi bila dengar ayat macam ni. " aku tahulah ko pergi mana, jalan mana dan parking kereta kat mana" buat aku rasa macam . Weh , tolonglah. Its my privasi life. Maybe ko rasa aku macam adik , tapi abang aku sendiri pun tak tahu siapa Si Polan tu. Jadi kat sini aku tak nak terima niat baik kau tu. Boleh tak. Tak payah la ugut aku dengan macam-macam propa. Nonsense betul. Bukan aku sorang kat dunia ni yang jatuh cinta dan ada affair pada hak orang lain. Siti " whateverpung" rampas suami orang. Jadi apa yang kau orang heran sangat. Aku pun tak ada niat nak merampas. Malah aku hormat dia sangat-sangat. Dan untuk pengetahuan korang, Aku sendiri tek pernah jumpa Lelaki sebaik dia. Menghormati aku selayaknya. Paham.

With Love , Mrs Lollipop

Tuesday, 12 April 2011

Bibir dan larangan


Muah muah 
rindunya pada Mr Lollipop
mari sini amik bibir ni

Larangan memerah limau nipis pada darah kemalangan maut. 
(betul tak ayat aku ni)

 Pakcik Somad ni tali barut komunis di kampung Chempaka sari. Jadi apabila komunis bermaharaja lela , dia pun berkuasa sama. Sesiapa saja yang di musuhinya akan di bunuh atas sebab yang tidak munasabah. Maka ramailah isteri orang dan anak dara orang di jadikan pemuas nafsu serakahnya. Salah seorang dari penduduk kampung yang paling dia tak sukai ialah Wak Mbah. Maka , di tangkap dan di bawalah Wak Mbah ke tepi sungai yang mengalir di tengah kampung chempaka sari. Di suruhnya Wak Mbah mengali lubang sekian dalamnya sambil berkata

" Lubang ini untuk menanam mayatmu , nyatakan padaku permintaan terakhirmu"

permintaan terakhir wak Mbah ialah ingin mengerjakan solat asar. Dan permintaan itu ditunaikan oleh Pakcik Somad. Sembayanglah Wak Mbah sambil menghadap lubang itu. Sebaik sahaja ia memberi salam , maka Pakcik Somad mengcangkul separuh kepala Wak Mbah sehinggalah terkeluar otaknya bertaburan. Maka di tanamnya Wak Mbah di dalam lubang itu. Kesemua penduduk kampung mengetahui peristiwa itu , tapi dek kerana takut maka di diamkan sahaja.

Beberapa tahun berlaku selepas tanah melayu mencapai kemerdekaanya. Keadaan sudah aman dan perkara silam itu sudah dilupakan orang . Sehinggalah pada suatu hari , Pakcik Somad mengalami kemalangan dan maut di tempat kejadian. Ia di langgar oleh lori JKR di simpang masuk kampung semasa dalam perjalanan mengambil anak perempuan nya, senah balik dari sekolah rendah. Otaknya melekat di hadapan lori dan badanya pula mengelitik seperti cicak . Selepas itu pihak polis datang dan mengambil mayat serta keterangan orang ramai. Dalam keadaan yang huru hara itu , Pakcik Ramlan tampil memerah limau di darah bekas otak Pakcik Somad bertaburan sampai berkata

" Nah, Somad ini bahagian kau . Sekarang kau rasakan "

kemudian pakcik ramlan menyuruh orang kampung supaya tiada sesiapa keluar rumah malam ini. Dan Larangan itu dipatuhi. Malam menjelang , seluruh kampung tidak dapat tidur dan berada didalam ketakutan. Mereka mendengar jeritan Pak somad merintih kesakitan . 

" Aduh , pedihnya , tolong ....tolong aku "

jeritan itu disusuli dengan nyalakan anjing , panjang dan mendayu-dayu. Sudah 3 malam perkara ini berlanjutan. Sehinggalah pada hari ke-empat Pakcik Ramlan pulang dari berburu. Di merasakan basikal yang ditungangi amat berat dan tiba-tiba

" sampai hati ya kau lan , kau siram limau nipis kat otak aku. Pedih lan , Pedih "

apa lagi , tunggang lagang la pakcik ramlan pulang ke rumah . dengan dia dan basikal terus diseretnya masuk kerumah yang tak pernah di kuncinya. Terkencing-kencing pakcik ramlan. Gangguan itu behenti setelah Tuan Guru Haji Abas menbuat tahlil dan membancuh otak udang dan menyumbat di lubang kubur .


Balasan mengambil riba
Kubur sempit
Terbuang dek kasih sayang

creadit makes modeling tips,

With Love , Mrs Lollipop

Kemek dan Drama Queen

Hari ini saya dengan tak sengaja melanggar tepi pembahagi jalan di pejabat saya. Huhuhuhu. Saya punya bumper ada sikit kemek.

Hari ini juga saya rasa sangat rindu pada Teman Lelaki saya . Kenapa dia belum telefon saya. ( walaupun pagi tadi saya sudah telefon kasi tau sama dia saya xcident bersama dramanya ) :P ahaks .

p/s : Teringat Mr Lolli katakan pada saya yang saya ini , Drama Queen  dan kalau saya jadi Artis , mesti dah dapat anugerah. Hahahaha.

With Love , Mrs Lollipop

creadit dary-el noor

Monday, 11 April 2011

Ulat Geti dan selipar ulat.


Ulat geti . Biasanya dijumpai di atas pokok Jambu. Berwarna hijau keputihan dan berbulu. Rupa seperti ulat beluncas tetapi bersaiz amat besar. Yuks . Sangat tak suka ulat dan cacing.

Ulat geti ni mengigit. Dan kalau ia menggigit hanya boleh di leraikan oleh
1.    Bunyi Guruh
2.    Ayam Berkokok

Kesan gigitan : Lebam. ( coz ulat ni ada bisa sikit)


Tapi gambar atas ni bukan ulat geti , sebab aku search tak jumpa.

Cerita ni berlaku  di Felda Sungai Buaya. Dah lama dah perkara ni berlaku. Berlaku pada " Jandanya Cik Yusof (Bukan nama sebenar) yang berkahwin semula dengan seorang lelaki , En Samad ( bukan nama sebenar). Jandanya cik yusof mempunyai anak seramai 4 orang . yang sulong telah bersekolah dan duduk bersama ibu jandanya cik yusof. Yang kecil sekali berumur 3-4 tahun dan dipanggil Ahmad. Ahmad ni sangat kurus dan berbadan lebam.

Suami barunya culas (malas ) orangnya. Tak bekerja dan hanya janda si yusof ni yang bekerja di felda itu . Setiap hari selepas janda cik yusof ni keluar bekerja akan kedengaran jeritan kuat dan berpanjangan. Membuatkan jiran2 semua dalam penasaran . Sehinggalah pada suatu hari Nek Mah ( bukan nama sebenar) mengintai dek kerana tak tahan mendengar jeritan dari ahmad.

Terkejutlah Nek Mah terlihat ahmad sedang di ikat di pohon jambu dan di badanya di penuhi ulat Geti. Yuks .Yuks . Dan dia melihat si samad  berdiri sambil Gelak Cerianya.  Jahat sungguh kan. Selepas beberapa hari , Nek mah mengatur rancangan bersama anaknya. Selepas sahaja si samad keluar minum kopi dia segera bergegas menyelamatkan ahmad. Di buangnya ulat ulat itu dan leraikan ikatan tali. Lalu di bawanya ahmad ke Balai polis . Selepas itu polis menyerahkan ahmad ke Jabatan Masyarakat.

Sekembalinya janda itu ke rumah dia segera mencari anaknya. Maka jiran-jiran pun menceritakan kisah yang berlaku. Suaminya pula sudah ditangkap polis dan di lokap untuk beberapa hari. Dan ahmad pula telah diserahkan kepada neneknya di Sg. Choh. Namun setelah beberapa hari, Pulanglah en samad kerumah dengan perasaan marah. Malam itu , di terajangnya dan di belasahnya janda itu. Lebam dan luka luka seluruh badan.

Keesokan harinya , janda itupun pergi ke kerja dengan lebam-lebam. En samad tak tahu bahawa orang kampung sudah bersiap sedia untuk mengerjakan dia. Maka , ditangkapnya encik samad dan dibogelkan. Di ikat di bawah pokok jambu dan juga di letak kan ulat geti yang banyak . Merayap di badanya. Menjerit-jerit la en samad. Dia berkeadaan sebegitu sehinggalah janda itu pulang ke rumah . Kata salah seorang dari penduduk kampung

 " samad , kau tak ada hak nak mendera budak itu, kau pun menumpang harta arwah bapak dia , Sekarang kau rasakan "

mereka juga memberi amaran kepada isterinya jika dia hendak menyelamatkan suaminya maka dia juga akan menerima nasib yang sama. Suami boleh di cari tapi anak tidak dapat dicari ganti. Sebaik sahaja pengurus felda sampai bersama polis, barulah en samad dilepaskan.

Kesan dari peristiwa itu en samad menjadi gila . Menjerit- jerit. Tak keruan. Janda itu juga menjadi janda lagi . Anak-anaknya di serahkan kepada ibu janda itu. Janda itu cuma boleh melawat anak-anaknya sahaja.

Pengajaran : Kejam betul kan En samad tu . Dasyat betul. Dah kalau korang jadi mak/bapak tiripun , ingatlah kita memang tak ada hak nak pukul /dera budak2 tu macam tu.














With Love , Mrs Lollipop

Thursday, 7 April 2011

Santau

Zaman dulu-dulu kan banyak orang mengamalkan santau. Ada juga yang membela ibu santau. Pemilik ibu santau boleh menghantar santau ke rumah mangsanya dengan hanya menjentik lantai sebanyak 3 kali. Alamat mati bermuntahkan darah la dia.

Datuk dan santau

Datuk aku mengamalkan amalan tertentu untuk menghindari santau ni. Antaranya mengamalkan sepotong ayat

" Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.
Iaitu :

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ {87}

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah.

Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

SURAH AL-ANBIYAK(21):87


sebelum minum dan mengangkat cawan di bahagian mulutnya sambil meraba dasarnya. Jika air itu air panas dan dasarnya teramat sejuk maka terdapat santau didalam cawan itu. Secara tiba2 insyallah akan pecah la gelas itu mennggalkan dasarnya. 


Dahulu , biasalah datuk aku akan minum kopi di kedai simpang kampung. Agaknya ada orang ingin mencuba ilmu. Maka di hantarnya santau di dalam minuman atuk Maka pecahlah cawan itu. Terkejut seluruh orang yang berada di situ. Tuan punya kedai meminta maaf akan kejadian itu. Dan datuk terus berkata 

" kalau ingin mencuba ilmu bukanlah senang bertemu muka "  

Tak bek kan buat kat datuk aku macam tu. Huhuhuhu.

Pengalaman sendiri

Emak aku juga mengamalkan apa yang datuk aku ajarkan pada dia. Maka , pada suatu hari . Di hadapan aku dan beberapa tetamu . Mak Zarah dan k.eton Teko air yang mak hidagkan pecah dan dasarnya berkeadaan sebegitu. mak menyuruh aku mendiamkan diri dan menerangkan  pada aku apa itu santau.

Sejak kejadian itu , aku mempercayai apa yang emak katakan. Aku pernah ke bota kiri dan kanan, tempat yang dikatakan terkenal dengan ilmu santau. aku makan dalam keadaan yang risau . huhuhuhuhu. Tapi rasanya itu dulu kan. Janganlah ada orang yang mengamalkan ilmu sesat ni lagi ya. Insyallah.

Pengalaman sendiri : aku pun pernah terkena santau angin. Nasib baik sipi-sipi. Waktu aku bekerja. Tetiba aku terpengsan. Cerita ni aku tak pernah beritau sebabnya. Sebenarnya aku mendengar tapi badan tak mampu nak bergerak. aku dapat rasakan siapa yang mengangkat dan menghantar aku ke hospital. Malah mendengar dengan jelasnya. Selepas kejadian itu , beberapa kali juga aku tumbang tiba-tiba. Lemah tak berdaya tetapi masih mendengar dengan jelasnya. Ibu aku tidak berpuas hati dan membawa aku berjumpa ustaz dan dia mengatakan aku di hantar santau oleh seseorang yang aku sendiri tak kenal. Dia mungkin ber-salah sangka akan sesuatu hal.

Selepas itu aku terkena santau batuk tak berhenti oleh seseorang juga. Lebih baik aku tidak menyatakan itu siapa. pertama kali aku berubat di kilang gula shah alam dan kali ke-dua di tanjong karang. simptomnya aku batuk tak berhenti dan sukar tidur, makan dan sebagainya.


Nasihat aku pada si penyantau tu : ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan . Dan ingatlah jika aku mati kononya terkena santau itu adalah atas izin ALLAH S.W.T dan ajalku sudah tiba. Bukan ke penat je nak menyantau . huhuhuhu. Dah la abis duit, tanggung dosa niat menyantau lagi . Huhuhuhu.

p/s : Alamak macam mana nak masukan tulisan jawi ni


With Love , Mrs Lollipop

Wednesday, 6 April 2011

An interview, Lunch, To be model , duit dan Break off





 
An Interview

Last few  day i went to an interview @ampang.

Takut

dan susah.

Berterabur my langguage

feel macam CV tu bukan aku yang punya.

Empty.

Tapi Mr Lolli  tak bagi tukar kerja pun, Begitu juga Mr P.
(p/s: Risau sangat macam aku ne nak tinggalkan diorang)







Lunch

Pergi Lunch with farah after interview.

Tengok budak AF kat Jusco Titiwangsa

Then makan lagi with Mr Lollipop.

Whoa Sangat Sangat sexy dia.






2 Be Model


Today baru hari pertama makan

ubat Diet.

Farah ajak lawan

siapa y kurus

Tapi Mr Lollipop x kasi makan pun.





Duit

Mr Lollipop Sekat wang belanja

Uwa.....Dia x bagi saya kena tipu lagi

Mr Lolli .....:(





Break Off


Malam tadi Aku Break Off With Lee.

Thank you 4 everything

And im sorry for make this decision

we are not meant to be together.

p/s : Tak payah sympaty or anything coz i dun need it. Sangat lega boleh buat macam ni.


P/s : Mr Lolli ,Maaf , seems like im cheating on you but the really ar :  Im realize i already cant forget u. I dun care anything come between us. I'll do anything just to make you happy. like always im said:, Lolli u are my rainbow and make my life colourful. U show me what love are.

With Love , Mrs Lollipop