Thursday, 31 March 2011

un-easy

Recently im feel uneasy in our realationship. He cold and make me feel unhappy. Eventough he knew that im somebody else girlfriend but i do have feeling on him. Im actless . Do not know what i should do to cheer he up. Im giving myself chance and time to know he better.

With Love , Mrs Lollipop

p/s : Lollipop, i miss u

Wednesday, 16 March 2011

Mr Lollipop

Mr Lollipop , Beberapa hari lalu kita ada selisih faham dan muncul sedikit pentengkaran. Maaf ya . Puncanya , memang saya yang salah pun. Mr Lollipop terasa hati bila saya beri pinjam lelaki lain wang ratus ratus tanpa pengetahuan dia. Buat keputusan tu belakang dia , padahal selama ni semua keputusan atau apa-apa pun saya akan sharing dengan dia. Dengar pendapat dia dan dengar cakap dia jugak lah nanti. Huhuhuhu. Jadi dia mengamuk dan mengamuk . Menjerit dalam telefon dan tanya mcm-mcm soalan yang buat aku tak leh lari dah. Siap tuduh saya ada affair dengan lelaki tu.



Saya masih ingat lagi bila saya tanya Mr Lollipop

" Mr Lollipop, boleh tak kita sampai bila-bila macam ni. Awak bersama saya selamanya"

dan awak kata pada saya
" Kita tak kan putus " 

Tahu tak apa perasaan saya masa tu. Sangat hepi . Walaupun realitinya kita hanya bersama sementara dan akan terpisah dek nyawa bercerai dari jasadnya. Walaupun kita masing-masing tahu , pegangan kita amat berbeza. Ingat tak bila awak tanya apa yang saya mahukan lagi dalam hidup ini .Saya hanya mahu bersama awak selamanya . Sehingga ke Akhirat , saya berharap ALLAH S.W.T membuka hati awak untuk menerima islam sepenuh hati seperti saya. Mr Lollipop tahu tak , jika kita ditakdirkan berkahwin secara sah , dan saya dan awak mati dalam hubungan masih suami isteri , maka di syurga nantilah kita akan dipertemukan. Sepanjang masa saya dapat melayan awak sepenuh masa sebagai isteri di sana.

Pada mulanya, penerimaan awak pada agama saya amatlah kurang bagus. Seolah olah awak musuh dan memandang rendah akan agama saya. Tapi perlahan awak mula menerimanya dalam awak tak sedar. Bilamana saya sering kata insyallah , astrafirullah dan sebagainya awak akan tanya ." Baca apa tu ? , apa u cakap? dan saya akan terangkan pada awak satu per-satu. Malah hadiah harijadi ke 27 saya awak belikan saya tafsir al-quran . Malah kata-kata seperti

" kau dan aku berjumpa dan dalam hubungan ini adalah ditakdirkan oleh tuhan Allah s.w.t "
" kulit yang cantik ni , tuhan Allah u yang beri"

Gembiranya bukan kepalang bilamana mendengar ayat-ayat itu meniti di bibir mr lollipop. Insyallah satu hari nanti kita akan bersama untuk selamanya. Jadi Mr Lollipop , Tak payah cemburu dan fikir bukan2 sebab dalam hati saya cuma ada awak.

kreadit Hope-diamond

With Love , Mrs Lollipop

Monday, 14 March 2011

Kisah dongeng yang tak berapa nampak tu kisah dongeng pun.

Korang percaya ada naga x? Korang mesti pernah dengar cerita pulau tioman tu di dasarnya naga betina sedang tidur / bertapa? bentuk naga macam mana yer? Eh sejak bila plak blog aku ni jadi blog cerita dongeng ni. Huhuhuhu.

Cik Tompok ni lahir di Simpang renggam , johor . Purely jawa. Tapi dibesarkan di kampung tanjong , Sg Choh. Majoriti penduduk tu berketurunan Bengkahulu. Di kampung tu , cuma keluarga tompok ni saja orang jawa.

Nak di jadikan cerita , Ada sebuah anak sungai yang dalam di tengah-tengah kampung. Hulunya di jeram yang dinggin dan hilirnya ialah di Kuala Selangor. Melalui Rawang tin, Batu arang, dan Kundang. Sungai di ketika itu masih dalam , yelah tahun 50-an. Pembangunan masih kurang dan tiada hakisan.

Penduduk kampung tu tahu , jika ada banjir / air melimpah dari sungai arah hulu . Tapi tiada hujan pun yang turun tu tandanya adalah naga nak turun ke laut. Jika air melimpah , maka ramailah penduduk kampung akan lari ke tepi sungai dan menyaksikan ada benda seperti ular tapi bersisik , berjalan macam ular . dan tumbuh anak anak getah di belakangnya . Jambatan di tengah kampung pula seringkali patah bila dilanggar .Katanya , ia masih kecil seperti ular dan apabila besar ia menjadi naga di laut. Cerita ni berlaku pada awal 50-an.

ada pantang larang di pulau tu ialah jangan tertumpah cuka di tanah. bergegar la hendaknya seluruh pulau. Cik Tompok , seringkali mengikut kakaknya setiapkali kakaknya pindah dari satu tempat lain ke tempat lain. Antaranya di Berek Polis Klang, Kuala Kubu, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor. Maka , ramailah kenalannya. Antaranya Cik Menah , anak jati Penang yang berkawin dengan Pak Suman asal pulau tioman. Jadi bila pak suman ditugaskan ke Pulau tioman , mengikutlah cik menah ke pulau itu. Hingga lah pada suatu hari sedang cik menah memasak, dia tertumpah cuka di atas tanah. apa lagi mengegar lah pulau tu. Berlarilah cik menah meyorok sehingga lah pak suman pulang dari kerja.

Nak percaya , macam boleh percaya tapi sebab aku tak mengalaminya . Sapa berani kata Cik Tompok menipu, meh aku pijak perut dia. Hahahaha. Sebab Cik tompok tu mak aku kan. Banyak lagi cerita yang dia ceritakan kat aku. Supaya menjadi pengajaran dan adab susila. Antaranya menjaga mulut di tempat orang. memberi  beberapa petua. :P Tapi len kali aku cerita ya

Santau
13 mei dan zaman darurat
Kisah seram dan larangan





With Love , Mrs Lollipop

Sunday, 13 March 2011

Leh , Caduik ang nampak ( 18 Sx: Kanak2 di larang baca ni )


Salam ,
Haish banyak kerja lately ni . Tak sesempat nak update blog. Tapi ada satu cerita nak cerita . Originally cerita ni dari mak.

Masa tu mak dan abah duduk kampung Asmara ( Bukan nama sebenar) . Rumah sewa kembar. Jiran mak masa tu Kak leha, kak limah serawak , Cik bakar dan dan Salleh suami isteri. ( Semua bukan nama sebenar). Biasalah rumah sewa, bergaduh sesama jiran itu perkara biasa.

Kak limah serawak suka sangat masuk campur dalam hal keluarga orang lain. Di jajanya cerita jiran-jiran sekeliling di seluruh kawasan rumah sewa. Salah satu yang bengang dengan perlakuan kak limah serawak ialah kak leha , isteri encik bakar. Mak pesan kalau isteri gaduh jangan kita suami nak masuk campur. Jadi , bila kak leha dan kak limah bergaduh , suami mereka encik salleh dengan cik bakar juga bergaduh. Berparang-parang pula. Masa hari kejadian , bergaduhla dua keluarga ni menjerit-jerit antara satu sama lain.

Uniform biasa orang lelaki kan kain pelekat, maka masa kejadian tu , encik salleh memakai la kain pelikat. Cik bakar pula masih memakai uniform kerja nyer. Sambil en Salleh menjerit-jerit dia menggulung -gulung kainya .

Leh , caduik ang nampak " tegur cik bakar yang terkejut .
apa caduik caduik , bapak ang nya caduik " balas encik salleh yang masih tak sedar kainya tergulung sebelah.
leh caduik hang tu . Tutup leh...." kata cik bakar

dalam keadaan kalut tu isteri salleh tu tadi menepuk belakang suaminya .

" Bang , caduik ang nampak , sambil menarik kain suaminya ke bawah"
" astrafirullah , limah apasal tak cakap dengan abang " kata salleh bila dia tersedar kemaluanya ternampak .


" kita sambung gaduh esok lusa , ni den nak masuk dulu " kata salleh pada cik bakar sambil lari masuk ke rumah.

Kesan dari peristiwa tu , Salleh 2 minggu macam pencuri keluar rumah nak p keje. dan aktiviti mengumpat makcik leha terbehenti. Mak kata dia memang tak lupa muka en salleh yang malu. hahahahah..Berderai derai dia gelak ngan kawan dia.

Bayangkanlah caduik tu terayun -ayun dan panjang sebab cik salleh tu besar dan tinggi. hahahaha....

Dah dah behenti gelak, tak baik tau. :P

With Love , Mrs Lollipop

Monday, 7 March 2011

Marshanda - Sejuta Cinta (OST Sejuta Cinta Marshanda) Lyrics

Marshanda - Sejuta Cinta (OST Sejuta Cinta Marshanda) Lyrics



Sudah memang sudah

Perjalanan cinta berakhir sudah

Engkau pergi ‘tuk selamanya

‘tuk selamanya



Mungkin ini sudah suratan

Engkau dan diriku tak bisa bersama

Mungkin ini sudah suratan

Sudah suratan



Reff:

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku

Aku disini dengan sejuta cinta untukmu

Jangan kau pergi untuk melupakan aku

Aku menangis karena hidup tanpamu



Sudah memang sudah

Perjalanan cinta berakhir sudah

Engkau pergi ‘tuk selamanya

‘tuk selamanya





With Love , Mrs Lollipop