Sunday, 31 January 2010

Lollipop :P




u cuti dua minggu

bila i kata lama

u kata yalah lama itu dua minggu

jadi bagaimana ?


u kata i gula-gula u

sebenarnya u la lollipop i

bila tidak dengar suara u dua minggu

macam mana dengan i?


i dah biasa argue dengan u

i dah biasa manja dengan u

kalau dah u pergi dua minggu

dengan siapa i nak argue u .


paling lama u tinggal i seminggu

tahun lepas terus i demam

demam panas tak seminggu

habis macam mana tak demam sebab asyik ingat u


u selamat pergi

selamat balik cukuplah

Sebab u masih kena ingat hal itu

i lollipop kesayangan u lah

Saturday, 30 January 2010

kucing n udang


hye nape la rasa malas nak menulis blog ni. Banyak perkara yang berlaku lately ni. Cuma tak sempat nak citer semua dlm blog ni. Haritu pi sabak bernam jumpa CADO R**** . Pastu amik dia kat opis n u mkn kt restoren rimbun rimba.Boss nampak kurus.hahahaha.Sebab busy sangat sampai x ada masa makan :P .


Geram sangat ngan budak b udak kecik sekarang ni especially ank jiran rumah mama aku ne. Geramnya, Mak bapak keje anak terbiar memacam dibuatnya. Ada ke patut berak beramai2 dalam bilik air dpan rumah aku ni. bertepek-tepek najis dalam tu. Sakit hati menyusahkan . Ada ke patut diorang toreh tetek kucing aku girl girl...sakit betul hati aku . memang tak ada mak bapak ajar langsung. Nauzubillah minzallik , Tuhan aja dapat balas kebaikan dan keburukan mereka . Apa dosa kuching tu sampai buat macam tu.

Monday, 18 January 2010

Popo



Salah Satu Fav " PoPo" aku ialah menngunyah Sireh. Dia ada Gobek sireh warna gangsa. Popo aku bernama Wasitah Binti Hj Husin . Lahir di Johor , dibesarkan di Jawa Tengah dan menetap di rawang, selangor. Popo berketurunan Jawa Kendall, biasanya agak kasar, tegap dan tegas. Mama aku anak bungsu dia :p.

aku tak pernah jumpa Popo sebab dia dah meninggal sebelum kakak kepada kakak aku kepada kakak dia kepada kakak dan abang dia belum lahir lagi. Mama rajin cerita pasal popo ni. Popo ni katanya kalau gelak langsung tak bunyi cuma keluar air mata. popo pun tak pandai marah , lagi2 marah mama . Mama ni nakal banyak sangat. Popo ni kental atau agak patriotik orangnya. Dia selalu refuse nak cakap bahasa selain jawa dan melayu. Walaupun duduk di kalangan orang bengkahulu ( only family mama aja jawa kat kg Tanjung tu) dia cuma cakap bahasa Melayu dan bila dalam rumah dia akan cakapp jawa dengan anak-anaknya. Jumpa Nippon pun Popo x nak tunduk. kan orang dulu2 masa zaman nippon tu kalau nampak nipon kan tundukkan kepala. Popo ngan selamba kata x nak n sound direct kat atuk " buat apa "dingkluk" ngan manusio pak eh. "

popo salah sorang pengubat tradisional yang ada masa tu. Urut orang bersalin, pengubatan menggunakan pelbagai herba. Cuma gunakan kunyit , beras kunyit dan beberapa lagi, dengan izin-NYA dapat mengubat Siplis. Popo geli sambut baby that why dia x nak sambut orang bersalin.

Popo kalau marah tangan dia aja gerak, atuk ni guru silat, guru tari dan masa lapang ajar orang bersilat ( p/s : mak ngan aku x ada talent langsung ). Popo ada tanam pokok pisang disusun bulat . datang atuk aku dia pi buat beg tinju pula . Marah popo dia terus tebang pokok tu keesokan harinya. seram kan nenek aku. dia langsung tak beri amaran.

salah satu cerita yang mama cerita ialah pasal Popo x nak pi hospital. degil sungguh, biasalah orang dulu2 . Takut doktor. Jadi mama pakat ngan Arwah paklong, arwah wak jali, isteri arwah wak jali, arwah makwe jum untuk bawa popo pi hospital dengan tipu muslihat. (p/s :popo kurang pendengaran , dia cuma dapat dengar Azan dari kampung sebelah aja). Jadi mama suruh isteri wak jali buat kopi pekat manis manis dan letak ubat tidur. pas minum je Popo lena tertidur terus di hantar ke Generall hospital masa tu juga. bangkit je popo dia terus nampak sekeliling dia pakai baju putih. dia tengok baju dia pun putih . Dia terus masam muka dan refuse nak bercakap dengan sesiapa pun. dengan doktor pun dia memalis-malis. bercakap sepatah pun x nak. then dia nak makan sireh kegemaran dia. mestilah doktor tak nak bagi , dia buat juga mogok tak nak makan pula . Akhirnya doktor mengalah dan benarkan dia makan sireh , abis menjejeh jejeh sireh atas cadar tilam hospital. dia buat selamba aja . dua minggu dia ditahan kat hospital dua minggu tu lah dia buat bisu n tak mengendahkan sapa2. akhirnya dia balik dari hospital , sebaik je dia pijak kaki tangga dia terus naik ngan baling semua barang sambil dia marah semua anak dia. dia cakap dia betul2 tak terima . korang tau tak mak aku ngan kakak dia gelak belakangkan nenek aku masa tu sbb diorang x pernah tengok popo mengamuk.

Thursday, 14 January 2010

Hug me Please



i do thinks that i need this now.
Hug me with ur warm hand.
Hug me my Love like we would never meet again

Tuesday, 12 January 2010

siti

mesti tak sangka kan , siti yang cute ni pre-matured baby. hahahaha. masa lahir dulu , kandungan mak cuma 6 1/2 aja. Tahun yang sama sebenarnya ada berlaku gerhana mtahari. Mak tak tahu yang ada pantang orang bersalin kuar rumah masa ada gerhana. Kecik sangat fizikal siti lebih kurang sebesar tapak tangan. Malah masa lahir tu garisan halus kat jari dan tapak tangan belum terbentuk. Mandi lotion setahun dan jika nak cuci "poop" guna air masak sbb boleh sebabkan kembung. Bila kembung pula, cuma perlu terbalikkan badan siti. Genap setahun mak baru pindah rumah sekarang ni dari rumah nenek. Ni semua ikut nasihat doktor. Siti minum susu Frisolac . masa tu setin RM 20.00 tapi cuma tahan seminggu.Kira kira 4 tin sebulan. Masa tu tahun 1983 , kira banyak wang la tu kan. Napkin siti ialah napkin yang tebal macam towel coz baby prematured ni nak suasana yang hangat. Bukan nak cakap apa , tapi i got one cousin yang sakit sawan pig coz mak dia x ikut cakap doc ( threat dia mcm baby biasa , makan , mandi )
Suka sangat kat tahun 2010 ni , harap banyak berita baik untuk siti. Semalam pi Mesyuarat kat UIA . Then balik tu singah jabatan2 kerajaan jalan duta. Ada Satu traffc light, while kitaorang stop kat situ , ada uncle tidor/ or kena heart attack dlm kete. siti paksa kawan untuk check uncl tu. Elok aja kawan tu diketuk tingkapnya , uncle tu terus bangun pijak minyak lnggar lampu isyarat. huhuhuhu. ada gak macam tu. bahaya betul.
Mmmm. agaknya bila telinga ni nak benti dgr kaki ampu

Thursday, 7 January 2010

hubungan



geramnyer . semalam x dapat jumpa miauw miauw. busy keje aja. hehehehe.ataupun aku yang ngengada nak jumpa dia tu. dan dia pun mengada-ngada jadi cmel sangat sampai buat aku rindu kat dia sangat-sangat. aku betul2 rindu nak jumpa dia dan aku tahu tul sbb air mata aku meleleh skang....perempuan klasik betul.

jadi pagi ni aku calll dia dan cakap siapa perempuan semalam yang buat dia x dapat jumpa aku. dan aku sengaja je cakap macam tu walaupun sebenarnya dia memang busy keje. saja nak buat dia marah aku pepagi. sebenarnya aku usik dia aja. sebab aku x nak spices dalam hubungan aku ngan dia rasa tawar.

" Bahagia ke aku ngan dia " jika ya, sampai bila aku akan kecap kebahagian tu. susah hati bila fikir. jadi boleh tak aku amik mudah untuk tak pikir. tapi kan sia-sia la half hidup aku . Sampai bila dia nak jaga ku , sbb kalau dia dah tak ada di dunia ni lagi. Apa takdirnya untuk aku. Tapi boleh tak aku membiarkan takdir itu .

Wednesday, 6 January 2010

New layout

muah muah aku dah tukar layout lagi...hehehehe..ehsan dari kliksini. senang aja . aja aja faithi :p

Monday, 4 January 2010

selamat datang 2010














salam, tahun 2010 dah menjelma. rasa macam macam perasaan plak. macam berbunga bunga , gembira, sedih dan takut. terasa penuh pengharapan betul. dan yang pasti umur aku dah bertambah satu lagi. aku harap aku tak jadi macam ni " bukan usia membuat seseorang tua , tapi seseorang itu yang membuat dirinya tua". menjelang tahun baru tu macam-macam isu yang timbul. paling aku takut mengenai isu nama ALLAH. Phew, takutnya aku . bila tengok pelbagai reaksi umat islam . tapi aku juga kagum dengan mereka, tanpa mengira parti dan bangsa apapun , mereka tetap berganding bahu bersatu hati mempejuangkan islam. Agak sedih juga ya, boss aku ngan rasminya dah pindah dan jadi cado sabak bernam. haish.