Posted by
Siti Rohani
|
Posted in

Ring ring ....ring ring .
Hello hello , miauw miauw..........
uwa....................mana miauw miauw ni x telefon lagi....
dah lebih 24 h tau....
i miss u sooooo much
Teringat miauw miauw bila baca blog mazidul baca sini . Pernah aku membebel kata dia tak romantik , Tak macam anu binti anu dan Bf nye dan tak macam anu binti anu dan suaminya. Nampaknya aku jadi macam perumpamaan ini. " Kuman seberang laut nampak, Gajah depan mata tak nampak". Aku nak macam mana suami/Bf orang lain treat their GF/Wife dan itu mendorong aku menanya soalan bebukan tu . Tahu apa reaksi miauw miauw. Dengan seriusnya dia pandang wajah aku dan kata " I tak romantik meh? ". aku yang tergamam masa tu pun cepat cepat , kata " romantik , romantik". hahaha. Pastu aku refresh ingatan aku , ternyata memang ada part-part romantik yang aku tak sedar dia lakukan dengan aku. Terutama bila aku kata dia sweet sangat. Memang la dia bukan jenis , bagi " selembruk" kat aku , kalau minta benda wasting memang conform tak dapat. Then aku realize definisi romantik tu berbeza. Tak semestinya tak berpegangan tangan di khalayak or berkiss di khalayak tu romantik ( ni ikut not muslim lor) tapi cukup bila dia ada bila kita memerlukan dia, sharing and caring , dan pandangan mata dia ataupun perhatian yang dia berikan padahal masa tu ntah apa2 yang aku ngomelkan. Bergurau dan usik mengusik adalah pemanis dan pengerat dalam hubungan aku . Tak payah nak peluk , cium , raba ( kah kah kah) , macam sesetengah couple melampau tu. Pernah tak korang rasa bila minum kat coffee shop tu terasa korang berdua saja dalam kedai tu, Saling flirt antara satu sama lain . Bagi aku itu dah cukup romantik kan kan kan . End of the day , aku cakap ngan miauw miauw how grateful to god i meet him :P. K la , next time aku citer macam mana nak merajuk ngan best nyer .
p/s : dah dah pi sambung keje, yang lelain tu secret aku ngan miauw miauw
Posted by
Siti Rohani
|
Posted in
First of all
Chinese New Years...Years of Tiger
Second : )
Miauw miauw , I miss u soooooooo much .
come back earlier lor.
cannot wait to meet you.
Third
Congrate to my sister. Her wedding ceremony
will be held on CNY.
Happily Ever After
Posted by
Siti Rohani
|
Posted in

u cuti dua minggu
bila i kata lama
u kata yalah lama itu dua minggu
jadi bagaimana ?
u kata i gula-gula u
sebenarnya u la lollipop i
bila tidak dengar suara u dua minggu
macam mana dengan i?
i dah biasa argue dengan u
i dah biasa manja dengan u
kalau dah u pergi dua minggu
dengan siapa i nak argue u .
paling lama u tinggal i seminggu
tahun lepas terus i demam
demam panas tak seminggu
habis macam mana tak demam sebab asyik ingat u
u selamat pergi
selamat balik cukuplah
Sebab u masih kena ingat hal itu
i lollipop kesayangan u lah
Posted by
Siti Rohani
|
Posted in

hye nape la rasa malas nak menulis blog ni. Banyak perkara yang berlaku lately ni. Cuma tak sempat nak citer semua dlm blog ni. Haritu pi sabak bernam jumpa CADO R**** . Pastu amik dia kat opis n u mkn kt restoren rimbun rimba.Boss nampak kurus.hahahaha.Sebab busy sangat sampai x ada masa makan :P .

Geram sangat ngan budak b udak kecik sekarang ni especially ank jiran rumah mama aku ne. Geramnya, Mak bapak keje anak terbiar memacam dibuatnya. Ada ke patut berak beramai2 dalam bilik air dpan rumah aku ni. bertepek-tepek najis dalam tu. Sakit hati menyusahkan . Ada ke patut diorang toreh tetek kucing aku girl girl...sakit betul hati aku . memang tak ada mak bapak ajar langsung. Nauzubillah minzallik , Tuhan aja dapat balas kebaikan dan keburukan mereka . Apa dosa kuching tu sampai buat macam tu.
Posted by
Siti Rohani
|
Posted in

Salah Satu Fav " PoPo" aku ialah menngunyah Sireh. Dia ada Gobek sireh warna gangsa. Popo aku bernama Wasitah Binti Hj Husin . Lahir di Johor , dibesarkan di Jawa Tengah dan menetap di rawang, selangor. Popo berketurunan Jawa Kendall, biasanya agak kasar, tegap dan tegas. Mama aku anak bungsu dia :p.
aku tak pernah jumpa Popo sebab dia dah meninggal sebelum kakak kepada kakak aku kepada kakak dia kepada kakak dan abang dia belum lahir lagi. Mama rajin cerita pasal popo ni. Popo ni katanya kalau gelak langsung tak bunyi cuma keluar air mata. popo pun tak pandai marah , lagi2 marah mama . Mama ni nakal banyak sangat. Popo ni kental atau agak patriotik orangnya. Dia selalu refuse nak cakap bahasa selain jawa dan melayu. Walaupun duduk di kalangan orang bengkahulu ( only family mama aja jawa kat kg Tanjung tu) dia cuma cakap bahasa Melayu dan bila dalam rumah dia akan cakapp jawa dengan anak-anaknya. Jumpa Nippon pun Popo x nak tunduk. kan orang dulu2 masa zaman nippon tu kalau nampak nipon kan tundukkan kepala. Popo ngan selamba kata x nak n sound direct kat atuk " buat apa "dingkluk" ngan manusio pak eh. "
popo salah sorang pengubat tradisional yang ada masa tu. Urut orang bersalin, pengubatan menggunakan pelbagai herba. Cuma gunakan kunyit , beras kunyit dan beberapa lagi, dengan izin-NYA dapat mengubat Siplis. Popo geli sambut baby that why dia x nak sambut orang bersalin.
Popo kalau marah tangan dia aja gerak, atuk ni guru silat, guru tari dan masa lapang ajar orang bersilat ( p/s : mak ngan aku x ada talent langsung ). Popo ada tanam pokok pisang disusun bulat . datang atuk aku dia pi buat beg tinju pula . Marah popo dia terus tebang pokok tu keesokan harinya. seram kan nenek aku. dia langsung tak beri amaran.
salah satu cerita yang mama cerita ialah pasal Popo x nak pi hospital. degil sungguh, biasalah orang dulu2 . Takut doktor. Jadi mama pakat ngan Arwah paklong, arwah wak jali, isteri arwah wak jali, arwah makwe jum untuk bawa popo pi hospital dengan tipu muslihat. (p/s :popo kurang pendengaran , dia cuma dapat dengar Azan dari kampung sebelah aja). Jadi mama suruh isteri wak jali buat kopi pekat manis manis dan letak ubat tidur. pas minum je Popo lena tertidur terus di hantar ke Generall hospital masa tu juga. bangkit je popo dia terus nampak sekeliling dia pakai baju putih. dia tengok baju dia pun putih . Dia terus masam muka dan refuse nak bercakap dengan sesiapa pun. dengan doktor pun dia memalis-malis. bercakap sepatah pun x nak. then dia nak makan sireh kegemaran dia. mestilah doktor tak nak bagi , dia buat juga mogok tak nak makan pula . Akhirnya doktor mengalah dan benarkan dia makan sireh , abis menjejeh jejeh sireh atas cadar tilam hospital. dia buat selamba aja . dua minggu dia ditahan kat hospital dua minggu tu lah dia buat bisu n tak mengendahkan sapa2. akhirnya dia balik dari hospital , sebaik je dia pijak kaki tangga dia terus naik ngan baling semua barang sambil dia marah semua anak dia. dia cakap dia betul2 tak terima . korang tau tak mak aku ngan kakak dia gelak belakangkan nenek aku masa tu sbb diorang x pernah tengok popo mengamuk.